Pages

Sunday, August 23, 2009

SAINS SUKAN

Heart Anatomy
The heart weighs about 350 to 450 grams in an average adult.It pumps about 80 cc of blood per heart beat. At average heart beat of 70 per minute, in a day, the heart would have pumped 8 thousand liters of blood around the body.It is on automatic. Via specialised group of cells, the heart has a natural pacemaker that will regulate the heart rate. Some specialised muscle cells act as a conducting pathway, much like electrical circuit. Signals from the pacemaker is transmitted to heart muscle in orderly fashioned. Cardiac valves separate the various chambers and great blood vessels. Acting like a door, it allows blood flow only in one direction. There are four valves in a normal heart.

Saturday, August 22, 2009

MALAYSIA OH TANAH AIRKU

31 Ogos 2009, merdekalah kita untuk kali yang ke-52..
Tinta guru hanya ingin meluahkan rasa..
Betapa pelajar hari ini kurang menjiwai erti kemerdekaan yang sebenar.. Your reasons sir..?
My reasons is..
1. Pelajar kurang berminat dengan subjek sejarah terutamanya pelajar Melayu, sedangkan subjek inilah pelajar akan belajar tentang sirah ketamadunan bangsa sendiri, mengenal bangsa dan tanah air sendiri..Kita baru merdeka 52 tahun sedangkan kita telah dijajah selama lebih 498 tahun iaitu sejak Melaka di tawan Portugis. itupun bangsa melayu tidak sedar diri..sekarang ini, tanda-tanda akan dijajah semula semakin ketara..berpecah belah..Kadang2..Pakai serban (tak semua)dah riak,.. mengaku lebih islam dari orang lain...tapi hari2 menyakiti bangsa sendiri(mangkuk betul bangsaku ini.)
2. Pelajar masih dijajah dengan penampilan..cth: rambut perang dibuat-buat( bukan semulajadi)macam orang yahudi (kecuali inai)Bangga masuk saloon...saloon bukan Islam dan unisex plak..
3. Pakai songkok nampak rambut, macam orang yahudi.
4. Meminati fesyen-fesyen pakaian Barat..dedah sana, dedah sini...hei! nampak pusat dan... le..!
5. Malas nak berdiri tegak dan menyanyikan lagu negaraku...Cinta negara adalah salah satu daripada iman, sepatutnya kita bangga mempunyai negara sendiri yang aman dan sentosa. Tanyalah nenek,tok wan, moyang kita..siksanya mereka di zaman Jepun dan Bintang Tiga..Kalau di zaman Jepun, lagu Nippon dinyanyikan..kita tak hormat...PANCUNG KEPARA!
6. Bangga melancong sana, melancong sini ke luar negara...Umrahpun tak nak pergi..apatah lagi negara sendiri
7. Malas.............................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Malas buat kerja sekolah..!!!Inilah tanda2 besar pelajar anak bangsaku akan dijajah semula..Siapa yang akan mengisi kekosongan modal insan yang cemerlang nanti?
8. Bangga melakukan kesalahan..merokok, ponteng.., lari sekolah, naik motor tanpa helmet....williee lagi!
Ini hanya sedikit alasan cikgu..Wahai pelajar, insaflah dan belajarlah bersungguh-sungguh. kenangi kedua ibubapa dan harapan mereka...!

KEINDAHAN BULAN RAMADHAN

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat183: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.
Ayat di atas jelas menuntut kita untuk menunaikan ibadah berpuasa, wajib! kerana berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang ketiga.
Tinta Guru hari ini ingin sama-sama mengupas kepentingan berpuasa atas fikiran logik semata. Kalaulah "abdomen" kita diibaratkan seperti enjin kenderaan, yang memiliki wayar-wayar atau usus, ginjal ibarat bateri, darah ibarat minyak pelincir...sudah pasti, berpuasa amat bertepatan dengan fitrah kehidupan. sebuah kereta, memerlukan waktu rehat yang cukup untuk bergerak..Bayangkan andainya ia bergerak 6 jam tanpa berhenti, bukan sahaja kereta yang semput, pemandunya turut semput juga..bayangkan kalau kita makan tak berhenti-henti, sudah pasti badan kita menjadi semput dan obes dengan cepat..Setahun sekali, kereta kena servis di bengkel..kena tukar minyak pelincir, plug, cuci water coolent..Oleh itu, berpuasa juga sama pentingnya ibarat kereta diservis itu, malah lebih-lebih lagi, kerana, berpuasa bukan setakat menjaga kesihatan kita tetapi juga hati, jiwa dan keimanan kita pada penciptanya. Malahan, berpuasa juga akan menjadikan jiwa kita tenang, sabar dan cinta pada diri dan penciptanya.

Tinta Guru sedih, kerana di kala ini, ramai sungguh pelajar sekolah menengah yang tidak berpuasa atau berpuasa hanya menahan lapar semata-mata. Kenapa? Bila pelajar ditanya..puasa? Ia, saya puasa.. Solat Subuh? Tidak..tertidur.. Solat Zohor? Tidur.. Solat Asar? Tidur.. Solat Maghrib? Kekenyangan .. Solat Isyak/terawih? Tuisyen.., shopping.. Yang paling cikgu sedih..makan, merokok dikhalayak ramai...Sudahlah berdosa tak puasa..berdosa lagi makan dikhalayak ramai..berdosa lagi kerana menipu ibubapa, guru..........!
Apapun, Tinta Guru tetap berdoa agar pelajar semua diberikan keampunan dan hidayah oleh Allah subhananllahu taala..Sebagai manusia..kita berakal bukan macam lembu, babi atau kucing yang tidak berakal...Gunakanlah akal fikiran, sebagai umat Islam, kita kena patuh..kalau tidak...bukankah kita lebih hina daripada haiwan-haiwan itu...???????