Pages

Friday, May 13, 2011

MEMOIR SMK TAMAN SETIAWANGSA ( Selamat Hari Guru 2011)

SMK Taman Setiawangsa

di dadamu ada ilmu yang bernyala-nyala

terang menyuluh ke jalan bahagia

pintu hatimu adalah pintu segala pelita pujangga

Gedung jiwamu telah menjadi pengukur pencapaian

hanya yang pintar mampu melonjak ke puncak impian



SMK Taman Setiawangsa

Lilin-lilinmu membakar tanpa jemu

tak mungkin terpadam di mamah waktu

di bara apinya ada manisan madu

cahayanya memancar menusuk kalbu

dalam tegas dan marahnya ada doa

semasin lidah para sang dewata

Gemerlap bersinar di puncak Setiawangsa

Kasihnya tak pudar sampai bila-bila



SMK Taman Setiawangsa

kini, anak-anakmu telah berjaya

memegang teraju layang-layangnya

sesekali takkan ia putus

jalanlah menuju ke jalan yang lurus

terbanglah terbang tinggilah tinggi

melebar sayap ke puncak awan

terbanglah terbang tinggilah tinggi

cerianya penampilan mewarnakan pencapaian

gagah berdiri menjadi bangsa yang cemerlang

Namamu terus terpahat di gelanggang impian.

sampai mati membawa kenangan...



" SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2011"

Thursday, April 14, 2011

RENUNGAN BUAT PENGUNDI DI SARAWAK

Saya masih ingat, ketika saya bersekolah rendah ( 1976-1981), saya kerap berjalan kaki, samada pergi atau balik dari sekolah. Jalan masih belum berturap dan berkerikil merah. Acap kali, saya kena membasuh kasut sebelum masuk ke kelas. Kampung sangat mundur walaupun terletak di negeri yang paling maju di Selangor. Jalan tidak berturap, lampu elektrik tidak ada, air paip tidak ada dan setiap kali musim kemarau, saya terpaksa membawa tong untuk mengambil air yang dibekalkan oleh lori Bekalan Air Selangor. Semuanya gara-gara kawasan saya DUN Batu Laut (sekarang Tanjong Sepat)berada di tangan pembangkang iaitu Parti Bebas @ Lambang Kunci.

Bila malam, saya terpaksa menelaah buku menggunakan lampu pelita. Bila mengaji, terpaksa membawa lampu jamung.Ayah kata, insyaallah, bila BN menang pilihanraya nanti, semuanya pasti berubah. Saya hanya mendiamkan diri. Tiada TV di hadapanku. Hanya radio kecil yang menghiburkan tatkala ada pertandingan bolasepak atau badminton berkumandang.Hatiku kuat memberontak. Apapun saya redha takdir hidup.

Sewaktu meningkat ke sekolah menengah( 1983-1985)Keadaan masih belum berubah. Cuma bekalan elektrik telah ada belas ehsan YB Dato Suhaimi Kamaruddin, Ahli Parlimen Sepang(BN) pada waktu itu. Sewaktu mula-mula lampu mentol menyala di rumah saya, saya dan abang melompat kegembiraan. Selepas ini, teranglah dunia kami. Pasti ayah akan membeli TV selepas ini. Mudahlah untuk saya mentelaah buku pelajaran. Namun, jalan dan air paip masih tiada. Hanya mengharapkan hujan dan tangki air yang dibina. Bila musim kemarau, mandilah kami di parit di tepi hutan. Minumpun dicatu air bantuan.

Jalan-jalan di kampung banyak yang tiada lagi menghubungkan rumah-rumah di kampung. Kami hanya melalui jalan denai yang boleh dihubungi dengan motor dan basikal. Penantian, satu penyiksaan. Timbullah semangat membara di dadaku. Saya amat bersemangat untuk membela nasib. Saya kerap menulis sajak di sekolah menyeru supaya berubah dan menyokong kerajaan. Di kampung, saya amat bersemangat mengikut ayah ke mesyuarat UMNO dengan harapan keadaan kampung berubah. Saya sangat membenci pembangkang. Pernah suatu hari, saya coret kereta isteri YB Bebas dengan lambang Dacing. Saya benci kerana saya bosan dengan kemunduran. Siksanya hidup dengan segala kepayahan ini.

Akhirnya, masanya tiba-1986, pilihanraya Umum. Calon BN Allahyarham Sairon menentang Calon pembangkang Penyandang AllahyarhamCikgu Jabar(Bebas). Saya sangat bersemangat. Abang saya Mohd Tarmudi Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu. Saya giat berkempen memasang poster sekeliling kampung, hingga keretapun kami pasang poster BN. Saya menunggang motor dengan kawan-kawan pada malam nak mengundi dan melaung Hidup BN, undi BN.

Akhirnya, diumumkan BN menang pada malam itu. Pagi esoknya, saya dan abang saya memandu kereta berposter BN penuh mengelilingi pekan Tanjong Sepat hingga dikejar oleh polis. Saya tidak peduli. Saya mahu berubah.Mujurlah polis yang mengejar masih ada hubungan saudara. Settle.

Ajaibnya. Selepas genap 4 bulan. Perubahan mulai ketara. Jalan masuk ke kampung mula diturap. Bekalan air dibekalkan ke setiap rumah. Gembiranya kami. Syukur Ya Allah. Terima kasih BN. Genap 2 tahun, jalan-jalan mula dibina menghubungi setiap lorong kampung dan diturap. Semuanya berubah sekelip mata. Kampungku sudah maju. Saya teruskan perjuangan sehingga menjadi guru, balik ke kampung menjadi Ketua Pemuda UMNO, Setiausaha Masjid, Setiausaha Rukun Tetangga, Setiausaha MAYC Kuala Langat dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Bahagian Sepang. Aktif berjuang merubah minda masyarakat. Akhirnya semuanya saya tinggalkan untuk menyambung ilmu ke menara gading. Kini, saya terlantar di kota meropolitan. Jiwaku dan terhutang budiku tetap satu. Terima kasih BN, pilihlah BN, selagi dia penyambung kemajuan rakyat. Walaupun saya tidak lagi aktif dalam politik, saya masih tetap terhutang budi, terimakasih BN.

Monday, October 18, 2010

Guru dan Ombak Masa

Jangan merintih guru tua
Mendidik tak semestinya manis
Tapi biasalah..Pantai lama, ombak keredut..

Kalaupun kau menangis
Bukit akan di situ juga
Sungai akan tetap mengalir ke hilir
Kecewa sendiri..

Apa yang perlu kita tunjukkan
Kesabaran, kesungguhan baru guru tua
Berlawan dengan waktu dan kecanggihan media
setiap masa dan ketika..

Dunia semakin mencabar guru tua
Surat lama sudah diganti dengan hantaran SMS ringkas
Umpatan dan rasa tidak puas hati dicoret di wall facebook mereka
Kadang-kadang guru tak pernahpun membacanya
Kerana ada di antara guru tidak punya lamannya..
Lalu terus tenggelam hanyut di arus masa

Dunia semakin mencabar guru tua
Adakah guru-guru masih tidak tahu
Anak muridnya membuka tudung di profilnya
‘Posing’ maut di pelukan jejaka
Ayat lucah menghiasi komennya..
Semakin hilang adab dan budaya
Terkadang terasa berada di Amerika dan Korea..

Bila seorang guru menitiskan airmata
Ia mungkin kecewa pada dirinya sendiri
Yang semakin samar dalam kegelapan
Pada alam pendidikan yang semakin berbeza
Dilambung ombak dunia yang semakin laju
Guru yang tua semakin layu...

Nukilan rasa,Wak-Takrim
SMK Taman Setiawangsa

Wednesday, August 25, 2010

DILEMA GURU BERAKHIR MENJELANG HARI RAYA...

Tinta Guru ada menulis tentang kegusaran pendidik menjelang Hari Raya terutamanya persolan ada bonus @ saguhati atau tidak? Nampaknya semua persolan telah terjawab dengan hadiah RM 500. Terimakasih PM ! Walaupun mungkin kecil di bandingkan dengan nilai pasaran semasa namun tetap amat bererti buat warga pendidik. Setidak-tidaknya dapatlah menampung wang saku atau minyak kereta di hari raya. Dilema berakhir. terimakasih PM. Masih menanti Bonus tahunan..... SELAMAT HARI RAYA kepada PM dan barisan kuasa Eksekutif....

Friday, August 20, 2010

UCAPAN SELAMAT BUAT WARGA PENDIDIK

Tinta Guru mengucapkan " SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN YANG BAKAL TIBA " kepada seluruh warga pendidik.

DILEMA GURU MENJELANG RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera 1Malaysia.

Tinta Guru hanya ingin meluahkan perasaan guru dan ingin menyentuh dan mengupas perasaan guru hari ini. Nampaknya, kerajaan khasnya Kementeria Pelajaran perlu memahami masalah guru sekarang kerana banyak situasi yang membuatkan mereka bingung dan membenci kerajaan. Satu kata-kata Emas.. "TPM perlu faham kuasa yang ada pada guru boleh meruntuhkan tembok pemerintahan..". Kata-kata ini berdasarkan 3 perkara yang ikhlas untuk mendapat perhatian Kementerian berdasarkan kebajikan guru yang agak diabaikan sejak akhir-akhir ini.

1. Kenaikkan pangkat dan kurangnya praktikal ujian PTK.
Ramai guru kecewa dengan kurangnya praktikal ujian PTK ini. Ada guru yang mendapat APC tetapi gagal untuk mendapat keputusan lulus 4 dalam ujian PTK tetapi ada pula guru yang mendapat lulus PTK 4, walhal di sekolah mereka kurang aktif, pasif. Situasi ini amat mengecewakan guru APC untuk kekal menyumbang tenaga secara total. Sayugia diingatkan, kenaikan gaji untuk keputusan lulus PTK 4 adalah meningkat jauh daripada mereka yang lulus 3 apabila mereka naik pangkat dari DG41 ke DG44 atau DG44 ke DG48 dan seterusnya..

2. Kenaikan gaji, elaun dan bonus.
Tinta guru berpendapat, gaji guru perlu disemak semula. Elaun rumah perlu ditambah terutamanya memikirkan kos yang tinggi bagi guru yang menetap di bandar besar.Bonus. Mana bonus untuk guru terutamanya menjelang hari raya? CUEPACS tuntut 2 bulan. Adakah kerajaan tidak mampu? atau sengaja kata tidak mampu? Ramai guru bersembang, isteri menteri-menteri shopping mahal-mahal di luar negeri. Lagilah isteri PM dan TPM.. isteri/suami guru pakaian tidak bergantilah di hari raya ini.Sayugia diingatkan bahawa masih ramai guru DG41 yang sambung belajar yang masih tidak puashati atau berdendam kerana gaji guru DG32 atau rakan mereka yang tidak sambung belajar di mana gaji kenaikkan awal mereka lebih tinggi gaji mereka yang sambung belajar.

3. Urusan tugas dan Claim tambang/pengangkutan/ bertugas menjaga peperiksaan.
Situasi ini lagi amat menggusarkan. Guru selalu diwar-warkan, jabatan tidak ada duit.Kementerian tidak ada duit. Benarkah? No more claim untuk perjalanan, kalau kena attend meeting, kira ikhlaslah. Kalau dapat claimpun paling minima. Jaga periksapun sama. utamakan sekolah berhampiran. realistikkah? Mengapa kalau pasal politik, derma 2 jutapun boleh..cash!

Tinta guru berharap agar Kementerian pelajaran mengambil langkah segera mengatasi masalah ini. Jangan sampai guru-guru marah dan menggunakan kuasa mereka barulah hendak mengambil tindakan. Tulisan Tinta Guru hanya meluahkan perasaan mereka berdasarkan bisik-bisik sesama guru yang mana kalau disiasatpun memang benarlah pepatah mengatakan, Guru Ibarat lilin yang membakar..tetapi perlu dingat, apabila ia sudah mebakar, ia akam membakar seluruh rumah. Permintaan guru, Mana bonus di pagi raya??

Thursday, May 27, 2010

BEBAN GURU

Wak ingin bercerita tentang beban guru.[Sebagai guru, wak tak kisahpun beban itu, kerana bagi wak, semua kerjapun punyai beban tersendiri. Wak ingin merujuk satu kajian yang diperolehi tentang beban tugas di kalangan guru sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengetahui (1) jumlah penggunaan masa yang digunakan oleh guru-guru bagi melaksanakan tugas-tugas akademik dan bukan akademik di sekolah pada hari ini; (2) jenis tugas yang diberikan kepada seseorang guru; (3) perbandingan beban tugas di kalangan guru mengikut jantina dan gred sekolah; (4) persepsi guru terhadap beban tugas masing-masing. Seramai 100 orang guru telah memberi respon kepada soalselidik (survey) - iaitu kaedah yang digunakan untuk mengumpul data kajian ini. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS-PC4. Taburan frekuensi dan peratus telah diperolehi dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara puratanya setiap orang guru bekerja sejumlah 64.21 jam seminggu. Daripada jumlah masa bekerja ini sebanyak 39.59 jam seminggu (61.7%) digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas akademik dan sebanyak 24.62 jam seminggu (38.3%) bagi melaksanakan tugas-tugas bukan akademik di sekolah pada hari ini. Kebanyakan guru juga telah didapati memegang sebanyak 5 jenis tugas yang terdiri daripada tugas guru tingkatan, tugas-tugas khas dan tugas-tugas kokurikulum. Selain dari itu, perbandingan beban tugas antara jantina dan gred sekolah sekolah telah dibuat dengan melihat perbezaan purata penggunaan masa yang telah digunakan bagi melaksanakan sesuatu kerja. Guru perempuan didapati menggunakan masa yang lebih iaitu sejumlah 64.58 jam seminggu dan guru lelaki menggunakan sejumlah 63.35 jam seminggu bagi menjalankan tugas-tugas akademik dan bukan akademik. Daiam kajian ini juga didapati guru-guru sekolah gred A menggunakan masa yang lebih banyak iaitu sejumlah 64.88 jam seminggu berbanding dengan guru-guru sekolah gred B sejumlah 62.34 jam seminggu bagi melaksanakan tugas akademik dan bukan akademik. Pada umumnya persepsi guru-guru terhadap beban tugas mereka adalah berat. Oleh itu, penulis mencadangkan supaya kajian seterusnya dilakukan terhadap hubungan di antara beban tugas dan kesannya yang berlebihan ke atas prestasi pengajaran guru-guru di sekolah menengah pada hari ini.
ni kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain. Pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.

Wak ingin merujuk pula butir-butir terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk; `Pandangan dan Syor NUTP; Beban Guru meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini.

Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru.

Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias.

Ini adalah kali kedua perkara yang sama didedahkan oleh media tempatan. Pada 7 Julai 2005, sebahagian besar media cetak di Malaysia melaporkan bagaimana Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru (JMBTG) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin Buang telah mendapati guru terbabit mengambil masa 74 jam seminggu untuk melaksanakan tugas mereka selain dibebankan dengan tugas mengisi 108 jenis borang.

Guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai golongan `terbeban' kerana terpaksa menghabiskan sebahagian besar masa untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab mereka.

JMBTG juga mendakwa guru menghabiskan 38 hari setahun untuk menghadiri kursus dan latihan berbanding hanya tujuh hari yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada 27 Februari 2005, selepas majlis penutup Program Jatidiri dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Matrikulasi sesi 2004/2005 Kolej Matrikulasi Perak, Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran mendapati guru-guru kini terlalu dibebankan dengan tugas bukan mengajar sehingga menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Beliau tidak mahu guru-guru melakukan kerja bukan dalam bidang tanggungjawab mengajar seperti mengutip derma, kempen nyamuk aedes, menyelesaikan masalah longkang tersumbat dan sebagainya kerana ia cukup membebankan guru.

Beliau juga berjanji bahawa mulai tahun 2005 semua guru dipertanggungjawabkan untuk mengajar dan (urusan-urusan lain) selain itu perlu dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

DPPNJ melihat bahawa bebanan tugas berlebihan ini adalah berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di dalam pentadbiran dan penyelarasan di semua peringkat pentadbiran sekolah.

Jabatan Pelajaran Negeri tidak dapat mengatur masa kursus dengan tersusun sehingga menyebabkan terdapatnya ramai guru-guru di dalam sekolah yang sama terpaksa menghadiri kursus secara serentak di luar kawasan, ditambah lagi dengan keadaan guru yang bercuti dengan pelbagai sebab, justeru tugas yang ditinggalkan terpaksa dipikul oleh guru yang masih berada di sekolah.

Di sekolah pula, pengagihan tugas bergantung kepada kebijaksanaan Pengetua atau Guru Besar. Kebiasaanya Pengetua akan bergantung harap kepada guru yang boleh diharap sahaja sedangkan guru yang malas hanya melakukan tugas mengajar di kelas sahaja.

KPM perlu bertindak secara effisien untuk menyelaraskan semula tugas guru dengan mengambil kira daripada semua sudut. Paling penting tugas utama guru untuk mengajar dan mendidik tidak terganggu disebabkan bebanan tugasan yang di luar bidang kuasa guru.
Wak tidaklah setuju tentang semua Kajian itu. NUTP bukanlah berjaya sangat membela guru. Kalau guru terlalu dimanjakanpun, akan wujud nanti guru yang lembik, lemah dan tidak berdaya saing. Pengetua arah buat kerja sedikit, BANTAH. Namun kuasa perlu diberikan kepada Kelab Guru[ sama seperti PIBG] Ini kerana, sekiranya Pengerusi Kelab Guru juga diberikan kuasa dalam membuat keputusan., sudah pasti ada keseimbangan dari segi kediktaktoran Pentadbir dan kehendak guru. Contohnya, ada sekolah yang melantik Pengerusi Kelab Guru tanpa kehendak guru-guru. Ini akan memudahkan pentadbir merancang aktiviti yang melangkaui kemampuan guru-guru kerana sudah pasti suara guru tidak dapat disuarakan secara demokratik dan akan menimbulkan ketidakpuashatian guru-guru. Cadangan Wak adalah berdasarkan pengalaman wak di sekolah ialah:
1. Tingkatkan kemudahan kepada guru-guru.Contohnya, Bilik guru yang kondusif, meja, kerusi yang selesa, Wifi untuk kemudahan pembelajaran p&P..
2. Tingkatkan kuasa Pengerusi Kelab Guru yang mewakili guru-guru setaraf Pengerusi PIBG.
3. Adakan hari Q @ mesyuarat mingguan satu masa seminggu untuk guru-guru membincangkan masalah secara demokrasi.[Sekolah wak telah melakukannya, sebab itu apa jua masalah@ ketidakpuashatian telah dikemukan oleh guru @ Pengetua untuk keputusan yang adil.
4. Percepatkan kenaikan pangkat guru-guru/ permudahkan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh masa perkhidmatan agar tidak ada guru-guru yang didikriminasikan oleh pentadbir menderita. [Kenakan tindakan terhadap pentadbir yang gagal memberikan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan.
5. Berikan hadiah melancong @ potongan harga tiket penerbangan kepada guru-guru yang mendapat kenaikan pangkat sebagai dorongan motivasi.
6. Pisahkan HEM dengan Disiplin untuk memperkukuhkan disiplin di sekolah. Jadikan guru-guru disiplin dipandang tinggi. Berikan elaun khas.
7. Tingkatkan juga kredit untuk markah Ko-Kurikulum di sekolah. Guru-guru Sains Sukan @ PJK kena diberikan peluang meningkatkan prestasi. Selama ini, guru-guru ini kurang diberi perhatian dengan anggapan mata pelajaran PJK tidak penting. Ini salah sama sekali. Rasanya guru-guru inilah yang mempunyai beban paling tinggi.Pecahkan Jabatan Seni, Koko dan Sukan melangkaui ke sekolah-sekolah. Setakat ini, khabar pemecahannya di peringkat Kementerianpun senyap sahaja. Hangat-hangat tahi ayam ke?
Itu saja cadangan wak. Bagi wak, guru juga manusia biasa yang kadang-kadang emosional juga. Namun harapan wak, agar guru-guru tetap tabah dan rasional dengan tugas yang dipikul.Guru adalah sebutir mutiara yang bila digilap akan bersinar-sinar menerangi alam yang gelap gulita.