Pages

Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

TINTA GURU ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan sekerja, semua pelajar SMK Taman Setiawangsa, dan semua follower yang mengikuti blog ini. Harapan Tinta Guru, semoga panjang umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

CERITA RAYA?.. Aduhai, Tinta Guru mengalami sakit abdomen, memulas-mulas pada sehari sebelum raya lagi.. Nasib baik tak terbatal puasa dan sewaktu menulis inipun.. masih ada sikit-sikit senak perut..Apapun, sebagai manusia biasa, kita perlu redha atas apa yang diberi oleh ALLAH, dan mungkin ada hikmahnya. Yang pasti, bila sakit, mulut kita tah henti menyebut namanya yang maha Esa.

HIDANGAN HARI RAYA?
Macam-macam hidangan tersedia di pagi raya.. Ketupat, nasi impit, lemang, lepat, rendang ayam kampung, daging, kerang, dan macam-macam lagi. yang sedihnya, tak dapat menjamah sepuas-puasnya seperti tahun-tahun yang lepas sebab sakit abdomen, muscle pain.

RUMAH TERBUKA?
Rumah sentiasa terbuka untuk kunjungan rakan-rakan @ pelajar semua.

DUIT RAYA?
Ada ...walaupun nilainya ada yang cuma Seringgit je.

APA KENANGAN INDAH?
Hidangan lampu panjut di sepanjang jalan di Kampung, dentuman mercun dan bunga api..meriampun ada.. dan keriangan anak dan anak buah di malam raya.

YANG SEDIH?
Teringat kedua arwah ayah dan bonda yang telah tiada terutamanya sewaktu meluahkan takbir selepas solat malam raya dan subuh...So, pada yang masih punya ayah dan bonda, jangan lupa menyayangi dengan sepenuh jiwa dan raga.

AKHIR KATA..
Selamat Hari Raya, dan berhati-hati di jalanraya..

3 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA... Nak datang rumah boleh ke...

    ReplyDelete
  2. Cikgu,Selamat Hari Raya! Nak Beraya Rumah Cikgu Boleh.. huhuhu... qistina 4T

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum

    dah nak sekolah balik dah ni...
    raya nak abis dah...sedih..

    ReplyDelete