Tuesday, September 22, 2009
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
CERITA RAYA?.. Aduhai, Tinta Guru mengalami sakit abdomen, memulas-mulas pada sehari sebelum raya lagi.. Nasib baik tak terbatal puasa dan sewaktu menulis inipun.. masih ada sikit-sikit senak perut..Apapun, sebagai manusia biasa, kita perlu redha atas apa yang diberi oleh ALLAH, dan mungkin ada hikmahnya. Yang pasti, bila sakit, mulut kita tah henti menyebut namanya yang maha Esa.
HIDANGAN HARI RAYA?
Macam-macam hidangan tersedia di pagi raya.. Ketupat, nasi impit, lemang, lepat, rendang ayam kampung, daging, kerang, dan macam-macam lagi. yang sedihnya, tak dapat menjamah sepuas-puasnya seperti tahun-tahun yang lepas sebab sakit abdomen, muscle pain.
RUMAH TERBUKA?
Rumah sentiasa terbuka untuk kunjungan rakan-rakan @ pelajar semua.
DUIT RAYA?
Ada ...walaupun nilainya ada yang cuma Seringgit je.
APA KENANGAN INDAH?
Hidangan lampu panjut di sepanjang jalan di Kampung, dentuman mercun dan bunga api..meriampun ada.. dan keriangan anak dan anak buah di malam raya.
YANG SEDIH?
Teringat kedua arwah ayah dan bonda yang telah tiada terutamanya sewaktu meluahkan takbir selepas solat malam raya dan subuh...So, pada yang masih punya ayah dan bonda, jangan lupa menyayangi dengan sepenuh jiwa dan raga.
AKHIR KATA..
Selamat Hari Raya, dan berhati-hati di jalanraya..
Tuesday, September 1, 2009
Merdeka cara Aznil
Aznil yang ternyata mempunyai pengaruh besar turut menyampaikan kata-kata semangat dan nasihat kepada para pelajar sekolah sempena kemerdekaan.
Menurut pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon popular itu, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan teladan yang baik kepada kanak-kanak dan remaja.
"Semasa saya kecil, saya menjadikan Allahyarham Sudirman sebagai idola dan saya tidak kisah sekiranya pelajar yang saya jumpa menjadikan saya idola mereka pula.
"Saya tahu menjadi idola bukan satu kerja yang mudah kerana tanggungjawabnya amat berat. Jadi, sebagai tanggungjawab sosial bagi saya penting untuk memberi motivasi kepada mereka bukan sahaja bila tiba Hari Merdeka kalau boleh setiap hari," ujar Aznil yang sudah biasa melawat peminatnya di sekolah.
Dalam pada itu, Aznil yang biasa dijemput pada konsert-konsert kemerdekaan saban tahun menjelaskan, hanya pada tanggal 31 Ogos sahaja dia akan berpakaian lengkap empat warna jalur gemilang.
"Saya akan ambil kesempatan jika dijemput ke konsert dengan memakai baju dengan empat warna seperti warna Jalur Gemilang. Saya rasa hanya satu hari itulah orang tidak akan kisah kalau saya pakai baju sebegitu," tuturnya dalam tawa.