Pages

Friday, May 13, 2011

MEMOIR SMK TAMAN SETIAWANGSA ( Selamat Hari Guru 2011)

SMK Taman Setiawangsa

di dadamu ada ilmu yang bernyala-nyala

terang menyuluh ke jalan bahagia

pintu hatimu adalah pintu segala pelita pujangga

Gedung jiwamu telah menjadi pengukur pencapaian

hanya yang pintar mampu melonjak ke puncak impian



SMK Taman Setiawangsa

Lilin-lilinmu membakar tanpa jemu

tak mungkin terpadam di mamah waktu

di bara apinya ada manisan madu

cahayanya memancar menusuk kalbu

dalam tegas dan marahnya ada doa

semasin lidah para sang dewata

Gemerlap bersinar di puncak Setiawangsa

Kasihnya tak pudar sampai bila-bila



SMK Taman Setiawangsa

kini, anak-anakmu telah berjaya

memegang teraju layang-layangnya

sesekali takkan ia putus

jalanlah menuju ke jalan yang lurus

terbanglah terbang tinggilah tinggi

melebar sayap ke puncak awan

terbanglah terbang tinggilah tinggi

cerianya penampilan mewarnakan pencapaian

gagah berdiri menjadi bangsa yang cemerlang

Namamu terus terpahat di gelanggang impian.

sampai mati membawa kenangan...



" SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2011"

Thursday, April 14, 2011

RENUNGAN BUAT PENGUNDI DI SARAWAK

Saya masih ingat, ketika saya bersekolah rendah ( 1976-1981), saya kerap berjalan kaki, samada pergi atau balik dari sekolah. Jalan masih belum berturap dan berkerikil merah. Acap kali, saya kena membasuh kasut sebelum masuk ke kelas. Kampung sangat mundur walaupun terletak di negeri yang paling maju di Selangor. Jalan tidak berturap, lampu elektrik tidak ada, air paip tidak ada dan setiap kali musim kemarau, saya terpaksa membawa tong untuk mengambil air yang dibekalkan oleh lori Bekalan Air Selangor. Semuanya gara-gara kawasan saya DUN Batu Laut (sekarang Tanjong Sepat)berada di tangan pembangkang iaitu Parti Bebas @ Lambang Kunci.

Bila malam, saya terpaksa menelaah buku menggunakan lampu pelita. Bila mengaji, terpaksa membawa lampu jamung.Ayah kata, insyaallah, bila BN menang pilihanraya nanti, semuanya pasti berubah. Saya hanya mendiamkan diri. Tiada TV di hadapanku. Hanya radio kecil yang menghiburkan tatkala ada pertandingan bolasepak atau badminton berkumandang.Hatiku kuat memberontak. Apapun saya redha takdir hidup.

Sewaktu meningkat ke sekolah menengah( 1983-1985)Keadaan masih belum berubah. Cuma bekalan elektrik telah ada belas ehsan YB Dato Suhaimi Kamaruddin, Ahli Parlimen Sepang(BN) pada waktu itu. Sewaktu mula-mula lampu mentol menyala di rumah saya, saya dan abang melompat kegembiraan. Selepas ini, teranglah dunia kami. Pasti ayah akan membeli TV selepas ini. Mudahlah untuk saya mentelaah buku pelajaran. Namun, jalan dan air paip masih tiada. Hanya mengharapkan hujan dan tangki air yang dibina. Bila musim kemarau, mandilah kami di parit di tepi hutan. Minumpun dicatu air bantuan.

Jalan-jalan di kampung banyak yang tiada lagi menghubungkan rumah-rumah di kampung. Kami hanya melalui jalan denai yang boleh dihubungi dengan motor dan basikal. Penantian, satu penyiksaan. Timbullah semangat membara di dadaku. Saya amat bersemangat untuk membela nasib. Saya kerap menulis sajak di sekolah menyeru supaya berubah dan menyokong kerajaan. Di kampung, saya amat bersemangat mengikut ayah ke mesyuarat UMNO dengan harapan keadaan kampung berubah. Saya sangat membenci pembangkang. Pernah suatu hari, saya coret kereta isteri YB Bebas dengan lambang Dacing. Saya benci kerana saya bosan dengan kemunduran. Siksanya hidup dengan segala kepayahan ini.

Akhirnya, masanya tiba-1986, pilihanraya Umum. Calon BN Allahyarham Sairon menentang Calon pembangkang Penyandang AllahyarhamCikgu Jabar(Bebas). Saya sangat bersemangat. Abang saya Mohd Tarmudi Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu. Saya giat berkempen memasang poster sekeliling kampung, hingga keretapun kami pasang poster BN. Saya menunggang motor dengan kawan-kawan pada malam nak mengundi dan melaung Hidup BN, undi BN.

Akhirnya, diumumkan BN menang pada malam itu. Pagi esoknya, saya dan abang saya memandu kereta berposter BN penuh mengelilingi pekan Tanjong Sepat hingga dikejar oleh polis. Saya tidak peduli. Saya mahu berubah.Mujurlah polis yang mengejar masih ada hubungan saudara. Settle.

Ajaibnya. Selepas genap 4 bulan. Perubahan mulai ketara. Jalan masuk ke kampung mula diturap. Bekalan air dibekalkan ke setiap rumah. Gembiranya kami. Syukur Ya Allah. Terima kasih BN. Genap 2 tahun, jalan-jalan mula dibina menghubungi setiap lorong kampung dan diturap. Semuanya berubah sekelip mata. Kampungku sudah maju. Saya teruskan perjuangan sehingga menjadi guru, balik ke kampung menjadi Ketua Pemuda UMNO, Setiausaha Masjid, Setiausaha Rukun Tetangga, Setiausaha MAYC Kuala Langat dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Bahagian Sepang. Aktif berjuang merubah minda masyarakat. Akhirnya semuanya saya tinggalkan untuk menyambung ilmu ke menara gading. Kini, saya terlantar di kota meropolitan. Jiwaku dan terhutang budiku tetap satu. Terima kasih BN, pilihlah BN, selagi dia penyambung kemajuan rakyat. Walaupun saya tidak lagi aktif dalam politik, saya masih tetap terhutang budi, terimakasih BN.