Pages

Thursday, January 28, 2010

SEKOLAH BESTARI OO SEKOLAH BESTARI

Perisytiharan Sekolah-sekolah Bestari oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini seolah ingin membuktikan kehebatan Sistem Pendidikan di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Ia-mungkin untuk sekolah itu yang bolehlah dianggap sekolah emas dan warganya juga anak emas dan di kalangan bijak pandai. sentuhan sedikit oleh guru sudah cukup untuk mendapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR atau 10A+ dalam SPM.. Bagaimana dengan sekolah-sekolah lain khasnya di luar bandar? Wahai warga pendidik.. ; kalau anda benar-benar hebat, didiklah anak-anak yang tidak pandai dan punya seribu macam masalah.. anak-anak di luar bandar yang banyak terjebak dengan masalah p&p, mahupun anak-anak di Felda dan bandar yang mempunyai masalah disiplin kronik.. Suruh guru-guru sekolah bestari ini mendidiknya.. tambah 3 kali ganda gajipun mungkin tidak sanggup.. hanya tahu mengajar murid yang pandai... Walhal..kepuasan seorang guru ialah apabila dapat mendidik biarpun hanya mengubah sikap dan perwatakan untuk menjadi manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara.
Inilah yang sering dilupakan oleh sistem pendidikan kita. Asyik-asyik akademik. Bangganya Pengarah Pelajaran kiranya dapat melapor keputusan cemerlang keputusan peperiksaan di media massa. Hakikatnya..semakin ramai anak kita rosak akhlaknya, budi pekertinya, hilang nilai-nilai patriotiknya.
Antara sebab dan punca:
1. Mengabaikan matapelajaran PJK dan aktiviti sukan. Bukankah penyata Rahman Talib telah menyatakan pentingnya subjek ini? Peruntukkan aktiviti sukan dikurangkan ...Banyak acara-acara sukan tiada dipertandingkan dalam MSSMKL contohnya dan MSSM juga...walhal sebelum ini dilaung-laungkan bahawa pelajar perlu cemerlang dalam bidang akademik , sukan dan Ko-Kurikulum.. Persoalannya? mengapa perlu dikurangkan budget untuk tumbesaran anak-anak ke arah kecergasan psikomotor, kognitif dan afektifnya. Ini belum cerita keadaan di sekolah. Kebanyakan Pengetua kurang mengambil berat aspek-aspek ini.. sukarnya nak bagi ruang untuk menjalankan aktiviti sukan yang sempurna. Walhal..Dato Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang, Dato Nicol dibangga-banggakan kerana mengharumkan nama negara dalam bidang...SUKAN..bukan AKADEMIK! Mengapa "too slow" untuk membentuk sekolah-sekolah sukan, walhal sukan dapat membentuk jati diri dan nilai-nilai Patriotik yang tinggi. Apa guna mempunyai kelulusan akademik tinggi, akhirnya menentang Kerajaan dan memburuk-burukkan negara sendiri... kerana mereka ini lahir dari pelajar yang buta sukan.
2. Tiada usaha jitu untuk memperkasakan subjek Sejarah, Pendidikan Sivik dan Ketatanegaraan..Sebagai pendidik, saya berpendapat sukatan matapelajaran Sejarah perlu diubah bukan setakat untuk mengingati fakta sejarah, tetapi jati diri warganegara perlu diperkukuhkan. Contoh, prinsip-prinsip rukunegara.. Kandungan Perlembagaan dan sejarah atau situasi terkini khasnya isu-isu yang menyentuh nilai-nilai perpaduan, undang-undang..
Apapun., sebagai pendidik..tiada yang lebih bermakna melainkan melihat anak didiknya menjadi manusia berguna.. Gurulah yang melahirkan Lee Chong Wei..Gurulah yang melahirkan nama-nama besar..dan Guru juga yang melahirkan pemimpin..namun siapa guru bergelar Dato'?