Pages

Monday, October 18, 2010

Guru dan Ombak Masa

Jangan merintih guru tua
Mendidik tak semestinya manis
Tapi biasalah..Pantai lama, ombak keredut..

Kalaupun kau menangis
Bukit akan di situ juga
Sungai akan tetap mengalir ke hilir
Kecewa sendiri..

Apa yang perlu kita tunjukkan
Kesabaran, kesungguhan baru guru tua
Berlawan dengan waktu dan kecanggihan media
setiap masa dan ketika..

Dunia semakin mencabar guru tua
Surat lama sudah diganti dengan hantaran SMS ringkas
Umpatan dan rasa tidak puas hati dicoret di wall facebook mereka
Kadang-kadang guru tak pernahpun membacanya
Kerana ada di antara guru tidak punya lamannya..
Lalu terus tenggelam hanyut di arus masa

Dunia semakin mencabar guru tua
Adakah guru-guru masih tidak tahu
Anak muridnya membuka tudung di profilnya
‘Posing’ maut di pelukan jejaka
Ayat lucah menghiasi komennya..
Semakin hilang adab dan budaya
Terkadang terasa berada di Amerika dan Korea..

Bila seorang guru menitiskan airmata
Ia mungkin kecewa pada dirinya sendiri
Yang semakin samar dalam kegelapan
Pada alam pendidikan yang semakin berbeza
Dilambung ombak dunia yang semakin laju
Guru yang tua semakin layu...

Nukilan rasa,Wak-Takrim
SMK Taman Setiawangsa