Tuesday, October 6, 2009
KEJADIAN GEMPA DI PADANG,RIBUT TAUFAN DI MANILA DAN TSUNAMI DI SAMOA
Ya Allah, kau lindungilah kami dari bencana yang hebat, banjir besar, kemarau panjang dan jadikan diri umat Islam bersatupadu, jauhilah kami dari permusuhan dan pembunuhan sesama umat islam dan kau jadikan bumi Malaysia bumi yang aman dan damai selamanya, amin...
Monday, October 5, 2009
Hari ini 5 Okt 2009, semua guru SMK Taman Setiawangsa kena menghadiri kursus LDK selama 3 jam termasuk pada 6 Okt 2009. Kursus hari ini lebih tertumpu pada kemahiran IT, iaitu mengenal EDUWEBTV, menghantar email dan mendaftar diEDUWEBTV..
Ramai juga cikgu yang excited terutama yang pertama kali mencuba.. malah ramai pula yang tak ada email lagi..
Pembentangan pertama dibuat oleh Cikgu Rosnaiyeti tentang EDUWEBTV.. malu-malu konon...
tapi yang paling khusyuk sudah tentu Puan Khatijah dengan Puan Azizah...maklum le PK.. takkan nak kalah dengan guru-guru biasa macam kita..
Cikgu Lini... Rambut baru..
Cikgu Syura Ambin... Mana ya? miss you beb..! Takkan pg raya panas-panas ni.. I pasti you akan baca.. Nak datang rumah? No problem..nantilah hujung-hujung raya..khas untuk you sekeluarga...
Cikgu Normah Mispar..
buat dek je... maklumlah dah advanced.. klcitizen.blogspot...
Apapun..
kena ikhlas jiwa dan raga..biar berkat dunia dan akhirat..
PMR esok..
Ya Allah... jadikanlah jiwa murid-murid ku jiwa yang tenang menghadapi PMR itu..Amin
SELAMAT BERPUASA SUNAT 6 kepada yang berpuasa, tapi I jealous dengan Izad sebab dia dah habis puasa 6..memang dia bujang hebat..!
Assalamualikum..
Tuesday, September 22, 2009
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
CERITA RAYA?.. Aduhai, Tinta Guru mengalami sakit abdomen, memulas-mulas pada sehari sebelum raya lagi.. Nasib baik tak terbatal puasa dan sewaktu menulis inipun.. masih ada sikit-sikit senak perut..Apapun, sebagai manusia biasa, kita perlu redha atas apa yang diberi oleh ALLAH, dan mungkin ada hikmahnya. Yang pasti, bila sakit, mulut kita tah henti menyebut namanya yang maha Esa.
HIDANGAN HARI RAYA?
Macam-macam hidangan tersedia di pagi raya.. Ketupat, nasi impit, lemang, lepat, rendang ayam kampung, daging, kerang, dan macam-macam lagi. yang sedihnya, tak dapat menjamah sepuas-puasnya seperti tahun-tahun yang lepas sebab sakit abdomen, muscle pain.
RUMAH TERBUKA?
Rumah sentiasa terbuka untuk kunjungan rakan-rakan @ pelajar semua.
DUIT RAYA?
Ada ...walaupun nilainya ada yang cuma Seringgit je.
APA KENANGAN INDAH?
Hidangan lampu panjut di sepanjang jalan di Kampung, dentuman mercun dan bunga api..meriampun ada.. dan keriangan anak dan anak buah di malam raya.
YANG SEDIH?
Teringat kedua arwah ayah dan bonda yang telah tiada terutamanya sewaktu meluahkan takbir selepas solat malam raya dan subuh...So, pada yang masih punya ayah dan bonda, jangan lupa menyayangi dengan sepenuh jiwa dan raga.
AKHIR KATA..
Selamat Hari Raya, dan berhati-hati di jalanraya..
Tuesday, September 1, 2009
Merdeka cara Aznil
Aznil yang ternyata mempunyai pengaruh besar turut menyampaikan kata-kata semangat dan nasihat kepada para pelajar sekolah sempena kemerdekaan.
![]() |
AZNIL mahu menjadi teladan kepada remaja yang bakal mewarisi kemerdekaan negara. |
Menurut pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon popular itu, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan teladan yang baik kepada kanak-kanak dan remaja.
"Semasa saya kecil, saya menjadikan Allahyarham Sudirman sebagai idola dan saya tidak kisah sekiranya pelajar yang saya jumpa menjadikan saya idola mereka pula.
"Saya tahu menjadi idola bukan satu kerja yang mudah kerana tanggungjawabnya amat berat. Jadi, sebagai tanggungjawab sosial bagi saya penting untuk memberi motivasi kepada mereka bukan sahaja bila tiba Hari Merdeka kalau boleh setiap hari," ujar Aznil yang sudah biasa melawat peminatnya di sekolah.
Dalam pada itu, Aznil yang biasa dijemput pada konsert-konsert kemerdekaan saban tahun menjelaskan, hanya pada tanggal 31 Ogos sahaja dia akan berpakaian lengkap empat warna jalur gemilang.
"Saya akan ambil kesempatan jika dijemput ke konsert dengan memakai baju dengan empat warna seperti warna Jalur Gemilang. Saya rasa hanya satu hari itulah orang tidak akan kisah kalau saya pakai baju sebegitu," tuturnya dalam tawa.
Artis Datang Sekolah Kita..
Sambutan Merdeka SMK Taman Setiawangsa tahun ini agak meriah dengan kehadiran PAK NIL, ROZITA CHE WAN, PIERE ANDREA DAN LIYANA JASMAY..Tinta Guru hanya berharap, agar pelajar dapat mengambil semangat kemerdekaan ini untuk memperbaiki diri dan berjaya mengejar cita-cita masing-masing.Dulu Piere Andrea pun sekolah di sini juga. Apa yang menariknya, kini dia dikira telah berjaya dalam bidang filem.., bila datang sekolah.., cikgu-cikgu yang pernah mengajarnya dulu pulak yang segan nak jumpa dia. Maklumlah dah glamour..


