Pages

Saturday, August 22, 2009

KEINDAHAN BULAN RAMADHAN

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat183: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.
Ayat di atas jelas menuntut kita untuk menunaikan ibadah berpuasa, wajib! kerana berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang ketiga.
Tinta Guru hari ini ingin sama-sama mengupas kepentingan berpuasa atas fikiran logik semata. Kalaulah "abdomen" kita diibaratkan seperti enjin kenderaan, yang memiliki wayar-wayar atau usus, ginjal ibarat bateri, darah ibarat minyak pelincir...sudah pasti, berpuasa amat bertepatan dengan fitrah kehidupan. sebuah kereta, memerlukan waktu rehat yang cukup untuk bergerak..Bayangkan andainya ia bergerak 6 jam tanpa berhenti, bukan sahaja kereta yang semput, pemandunya turut semput juga..bayangkan kalau kita makan tak berhenti-henti, sudah pasti badan kita menjadi semput dan obes dengan cepat..Setahun sekali, kereta kena servis di bengkel..kena tukar minyak pelincir, plug, cuci water coolent..Oleh itu, berpuasa juga sama pentingnya ibarat kereta diservis itu, malah lebih-lebih lagi, kerana, berpuasa bukan setakat menjaga kesihatan kita tetapi juga hati, jiwa dan keimanan kita pada penciptanya. Malahan, berpuasa juga akan menjadikan jiwa kita tenang, sabar dan cinta pada diri dan penciptanya.

Tinta Guru sedih, kerana di kala ini, ramai sungguh pelajar sekolah menengah yang tidak berpuasa atau berpuasa hanya menahan lapar semata-mata. Kenapa? Bila pelajar ditanya..puasa? Ia, saya puasa.. Solat Subuh? Tidak..tertidur.. Solat Zohor? Tidur.. Solat Asar? Tidur.. Solat Maghrib? Kekenyangan .. Solat Isyak/terawih? Tuisyen.., shopping.. Yang paling cikgu sedih..makan, merokok dikhalayak ramai...Sudahlah berdosa tak puasa..berdosa lagi makan dikhalayak ramai..berdosa lagi kerana menipu ibubapa, guru..........!
Apapun, Tinta Guru tetap berdoa agar pelajar semua diberikan keampunan dan hidayah oleh Allah subhananllahu taala..Sebagai manusia..kita berakal bukan macam lembu, babi atau kucing yang tidak berakal...Gunakanlah akal fikiran, sebagai umat Islam, kita kena patuh..kalau tidak...bukankah kita lebih hina daripada haiwan-haiwan itu...???????

1 comment: