Pages

Thursday, May 27, 2010

PERLUKAH SUBSIDI DITARIK BALIK?

Hari ini wak ingin bercerita tentang hasrat yang dikemukan oleh Idris Jala iaitu Pengurangan subsidi oleh kerajaan. Persoalannya, perlukah Malaysia merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi yang selaras dengan pengurangan subsidi di peringkat global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan, ia perlu dilaksanakan kerana banyak negara sudah melaksanakannya. Contohnya, rakyat Somalia sendiri perlu bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia.
Mengikut perangkaan Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009 adalah pada 11 peratus, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus.

Dato Idris Jala juga menyatakan, budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana ia dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan serta penyalahgunaan dan pada masa sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.
Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara menyeluruh. Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun.

Beliau berkata, kerajaan dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap perkara utama bagi mencapai penjimatan lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.
Wak rasa, mampukah ianya dilaksanakan. [ Bukankah masyarakat Malaysia, terutamanya Melayu, sudah terlalu lama dengan SUBSIDI..?] Bagi wak, salah kita juga. Terlalu banyak subsidi diberikan kepada masyarakat sejak dulu lagi. Ia ada kaitan dengan politik juga. Idris Jala bukan orang politik. Ia bercerita tentang Ekonomi. Ini akan membahayakan prestasi kerajaan di hati rakyat nanti. Subsidi minyak contohnya. Bayangkan kalau subsidi minyak dihentikan secara mendadak..? Rasanya sudah dapat dibayangkan reaksi rakyat nanti.. Ini belum cerita lagi reaksi peniaga yang pastinya akan menaikkan harga barangan secara mendadak. Masyarakat marhain akan kelam-kabut.
Wak cadangkan, taraf kehidupan rakyat kena diperbaiki. Gaji kakitangan awam kena dinaikkan. Tingkatkan produktiviti dan hasil negara. Cukai terhadap golongan KAYA kena dinaikkan. Semalam diumumkan 40 manusia paling kaya di Malaysia. Orang-orang ini kena dikenakan cukai yang tinggi. Wang mereka juga hasil memerah hasil rakyat. Contoh, TAn Sri Kuok..Raja GULA, tetapi gula kerap dipaparkan berkurangan, walhal TAUKE GULA kaya-raya. Adilkah semua ini.? Oleh itu, wak cadangkan agar kerajaan meneliti situasi ini dengan lebih mendalam ..Buat satu Rang Undang-undang.. Mereka yang memiliki kekayaan melebihi satu bilion..kena membayar cukai 10 juta kepada kerajaan untuk rakyat. Rasanya ini adil. Kita hapuskan sistem seperti Kolonial yang mengaut kekayaan tanpa batasan, sedangkan kekayaan itu perlu diagihkan juga kepada rakyat. So, orang-orang seperti 40 orang yang terkaya ini..perlu diambil peranannya juga bagi menstabikan ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment