Pages

Thursday, May 27, 2010

PERLUKAH SUBSIDI DITARIK BALIK?

Hari ini wak ingin bercerita tentang hasrat yang dikemukan oleh Idris Jala iaitu Pengurangan subsidi oleh kerajaan. Persoalannya, perlukah Malaysia merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi yang selaras dengan pengurangan subsidi di peringkat global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan, ia perlu dilaksanakan kerana banyak negara sudah melaksanakannya. Contohnya, rakyat Somalia sendiri perlu bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia.
Mengikut perangkaan Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009 adalah pada 11 peratus, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus.

Dato Idris Jala juga menyatakan, budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana ia dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan serta penyalahgunaan dan pada masa sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.
Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara menyeluruh. Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun.

Beliau berkata, kerajaan dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap perkara utama bagi mencapai penjimatan lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.
Wak rasa, mampukah ianya dilaksanakan. [ Bukankah masyarakat Malaysia, terutamanya Melayu, sudah terlalu lama dengan SUBSIDI..?] Bagi wak, salah kita juga. Terlalu banyak subsidi diberikan kepada masyarakat sejak dulu lagi. Ia ada kaitan dengan politik juga. Idris Jala bukan orang politik. Ia bercerita tentang Ekonomi. Ini akan membahayakan prestasi kerajaan di hati rakyat nanti. Subsidi minyak contohnya. Bayangkan kalau subsidi minyak dihentikan secara mendadak..? Rasanya sudah dapat dibayangkan reaksi rakyat nanti.. Ini belum cerita lagi reaksi peniaga yang pastinya akan menaikkan harga barangan secara mendadak. Masyarakat marhain akan kelam-kabut.
Wak cadangkan, taraf kehidupan rakyat kena diperbaiki. Gaji kakitangan awam kena dinaikkan. Tingkatkan produktiviti dan hasil negara. Cukai terhadap golongan KAYA kena dinaikkan. Semalam diumumkan 40 manusia paling kaya di Malaysia. Orang-orang ini kena dikenakan cukai yang tinggi. Wang mereka juga hasil memerah hasil rakyat. Contoh, TAn Sri Kuok..Raja GULA, tetapi gula kerap dipaparkan berkurangan, walhal TAUKE GULA kaya-raya. Adilkah semua ini.? Oleh itu, wak cadangkan agar kerajaan meneliti situasi ini dengan lebih mendalam ..Buat satu Rang Undang-undang.. Mereka yang memiliki kekayaan melebihi satu bilion..kena membayar cukai 10 juta kepada kerajaan untuk rakyat. Rasanya ini adil. Kita hapuskan sistem seperti Kolonial yang mengaut kekayaan tanpa batasan, sedangkan kekayaan itu perlu diagihkan juga kepada rakyat. So, orang-orang seperti 40 orang yang terkaya ini..perlu diambil peranannya juga bagi menstabikan ekonomi negara.

Thursday, February 4, 2010

MSSM buat U turn dan budget 89 juta TPM

Baru-baru ini, resah di kalangan guru terutamanya guru sukan, bingungpun ada, apabila Takwim MSSM menyatakan pengguguran beberapa acara sukan tertentu dalam kalendar tahunannya dengan hanya menyatakan tertakluk pada keadaan semasa. (sekiranya peruntukkan diperoleh)Tidak cukup dengan itu, kategori bawah 12 dan 15 juga ditiadakan dengan alasan budget tiada.
Keresahan bertambah hingga dinyatakan segala mesyuarat (jabatan)juga hanya dibekalkan air mineral seolah-olah hendak menunjukkan betapa teruknya situasi kewangan semasa.
Persoalannya? Situasi ini seolah-olah hendak menunjukkan bahawa Kementerian pelajaran @ MSSM atau Jabatan (Unit Sukan) memang tiada peruntukkan yang mencukupi.?
Persoalan kedua? Apakah tindakan ini tidak dibincangkan bersama Menteri Pelajaran terlebih dahulu sebelum Takwim diedarkan disekolah-sekolah @ sengaja hendak menjatuhkan imej TPM selaku Menteri pelajaran?
Peruntukkan 89 juta yang diumumkan amat melegakan sekurang-kurang dapat mengembalikan kenyakinan guru-guru sukan pada kerajaan. Tidak dapat dibayangkan bila anak-anak murid melahirkan kekecewaan apabila kategori 15 tahun tidak dipertandingkan. Mereka marah, kecewa kerana tidak dapat peluang untuk mewakili sekolah.
Hasrat untuk melahirkan ramai jurulatih di kalangan guru baik tapi agak kurang praktikal. Latihlah di kalangan bekas-bekas atlit kebangsaan atau negeri dan letakkan di setiap Zon @ Daerah dan Negeri sebagai Pengerusi teknik. Buat masa ini, PT dilantik di kalangan guru yang aktif dan pasti akan menjejaskan kerjaya sebagai guru kerana masa yang diluangkan untuk tugas mengakibatkan kerap tidak berada di sekolah. Bagaimanapun Kursus Pengurusan Sukan atau Kursus Kepegawaian Sukan lebih penting dan sesuai untuk guru kerana guru memang sesuai mengurus dan sebagai Pegawai Kejohanan dan bukan melatih yang pastinya akan mengganggu tugas P&P. Bagaimanapun jasa guru masih boleh diperlukan sebagai jurulatih atau pembimbing di sekolah.
Dari segi Insfrastruktur.. sistem pengurusan padang berumput di sekolah amat teruk sekali. Di KL..hanya beberapa sekolah yang masih mempunyai padang. Baru-baru ini, padang di SK St John(tempat bertugas rakan saya) telah dibaikpulih. Tahniah.! Inilah yang kita mahukan. Harapan agar hasrat Menteri pelajaran agar peruntukkan yang diberi juga untuk memperbaiki insfrastruktur dan padang dan direalisasikan.
Apapun, Pengarah MSSM , MSSN perlu menjawab mengapa keresahan ini berlaku bukan sahaja di kalangan guru, malahan ibubapa juga.
Cadangan dari saya, MSSM perlu mewujudkan Sukan 1Malaysia di kalangan pelajar sekolah dan perlu memikirkan formulanya bagi mengeratkan hubungan antara kaum yang semakin rapuh. Majulah Sukan Untuk negara.

Thursday, January 28, 2010

SEKOLAH BESTARI OO SEKOLAH BESTARI

Perisytiharan Sekolah-sekolah Bestari oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini seolah ingin membuktikan kehebatan Sistem Pendidikan di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Ia-mungkin untuk sekolah itu yang bolehlah dianggap sekolah emas dan warganya juga anak emas dan di kalangan bijak pandai. sentuhan sedikit oleh guru sudah cukup untuk mendapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR atau 10A+ dalam SPM.. Bagaimana dengan sekolah-sekolah lain khasnya di luar bandar? Wahai warga pendidik.. ; kalau anda benar-benar hebat, didiklah anak-anak yang tidak pandai dan punya seribu macam masalah.. anak-anak di luar bandar yang banyak terjebak dengan masalah p&p, mahupun anak-anak di Felda dan bandar yang mempunyai masalah disiplin kronik.. Suruh guru-guru sekolah bestari ini mendidiknya.. tambah 3 kali ganda gajipun mungkin tidak sanggup.. hanya tahu mengajar murid yang pandai... Walhal..kepuasan seorang guru ialah apabila dapat mendidik biarpun hanya mengubah sikap dan perwatakan untuk menjadi manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara.
Inilah yang sering dilupakan oleh sistem pendidikan kita. Asyik-asyik akademik. Bangganya Pengarah Pelajaran kiranya dapat melapor keputusan cemerlang keputusan peperiksaan di media massa. Hakikatnya..semakin ramai anak kita rosak akhlaknya, budi pekertinya, hilang nilai-nilai patriotiknya.
Antara sebab dan punca:
1. Mengabaikan matapelajaran PJK dan aktiviti sukan. Bukankah penyata Rahman Talib telah menyatakan pentingnya subjek ini? Peruntukkan aktiviti sukan dikurangkan ...Banyak acara-acara sukan tiada dipertandingkan dalam MSSMKL contohnya dan MSSM juga...walhal sebelum ini dilaung-laungkan bahawa pelajar perlu cemerlang dalam bidang akademik , sukan dan Ko-Kurikulum.. Persoalannya? mengapa perlu dikurangkan budget untuk tumbesaran anak-anak ke arah kecergasan psikomotor, kognitif dan afektifnya. Ini belum cerita keadaan di sekolah. Kebanyakan Pengetua kurang mengambil berat aspek-aspek ini.. sukarnya nak bagi ruang untuk menjalankan aktiviti sukan yang sempurna. Walhal..Dato Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang, Dato Nicol dibangga-banggakan kerana mengharumkan nama negara dalam bidang...SUKAN..bukan AKADEMIK! Mengapa "too slow" untuk membentuk sekolah-sekolah sukan, walhal sukan dapat membentuk jati diri dan nilai-nilai Patriotik yang tinggi. Apa guna mempunyai kelulusan akademik tinggi, akhirnya menentang Kerajaan dan memburuk-burukkan negara sendiri... kerana mereka ini lahir dari pelajar yang buta sukan.
2. Tiada usaha jitu untuk memperkasakan subjek Sejarah, Pendidikan Sivik dan Ketatanegaraan..Sebagai pendidik, saya berpendapat sukatan matapelajaran Sejarah perlu diubah bukan setakat untuk mengingati fakta sejarah, tetapi jati diri warganegara perlu diperkukuhkan. Contoh, prinsip-prinsip rukunegara.. Kandungan Perlembagaan dan sejarah atau situasi terkini khasnya isu-isu yang menyentuh nilai-nilai perpaduan, undang-undang..
Apapun., sebagai pendidik..tiada yang lebih bermakna melainkan melihat anak didiknya menjadi manusia berguna.. Gurulah yang melahirkan Lee Chong Wei..Gurulah yang melahirkan nama-nama besar..dan Guru juga yang melahirkan pemimpin..namun siapa guru bergelar Dato'?

Saturday, December 19, 2009

PERJALANAN CUTI-CUTI MALAYSIA-KEDAH 2009

Selamat bercuti kepada semua rakan guru dan pelajar. Cuti tahun ini merupakan tahun yang paling menarik sebab:
1. Tidak terlibat tugasan PMR dan SPM
2. Isteri pun cuti sama
3. Termakbul untuk bercuti ke Kedah, tempat study dulu. Sudah pasti dapat bertemu dengan
sahabat-sahabat lama
Saya bertolak pada 6 Disember jam 10am dan sampai ke Sungai Petani pukul 3pm. (Kereta Neo memang power!!) Berhenti di Petronas Sg Petani untuk berjumpa dengan 'housemate' Khairul Rijal dan isteri. Jam 4.30pm, meneruskan perjalanan ke Alor Setar..Rakan baik, Ucop tawarkan menginap di rumahnya di Taman Engku Sarina, Taman Tema, Jitra. So, kerana tidak mahu menghampakan sahabat dan berbincang dengan isteri, sayapun menginap di rumahnya. Esoknya, kami pun melepaskan rindu meronda Alor Setar..menara Alor Setar, Pekan Rabu, Muzium Padi..Malam kami makan Kuew Teow Kerang di pekan Jitra..sedap!!! betul-betul depan pejabat Dr Romzi pakar kurus badan popular. Esoknya, kami melawat Kakak Ucop operation Batu Karang di KMC..Petang..Kami sekeluarga meronda pulak Pusat Sains dan kawasan padi sekitar Kg Padang Hang, Alor Janggus..Singgah di rumah kawan karib Ghani di belakang Hospital Jitra..(tempat saya menyewa dulu)sambil melepaskan rindu di rumah sewa lama.
Esoknya, Pagi..melepaskan geram main golf dengan Ucop di Kelab Golf Darul Aman..menang,, Petang..kami melepaskan rindu bermain bot kayuh di Taman Tema..tempat berjogging dulu-dulu.. Malam, kami bertolak ke rumah Sahabat housemate..Sobri di anak Bukit..berbual-bual..akhirnya tidur di sana...
Bertolak ke Kuala Kedah jam 3.30 petang..5.00pm, sampai ke Jeti Kuah..ambil kereta sewa dan menginap di Hotel Seaview..Tempat-tempat yang kami lawati sepanjang di Langkawi:
1. Pantai Chenang
2. Laman Padi
3. Underwaterworld..
4. Taman Mahsuri
5. Beras Terbakar..(lalu je)
6. Gerai-gerai Gamat
7. Awana Porto Malai.
8.Of course... Naik Kabel Langkawi..gondola.. Hari Sabtu, gagal naik sebab angin kencang,..nasib
baik sempat naik hari Ahad sebelum Check-out hotel..Pengalaman...Wow! hebat dan sungguh
mencabar! Nak dapat naik..beratur 1jam setengah..
Hari Ahad..bertolak pulang ke Kedah..Esoknya..Ke Kuala Nerang..tidur pulak di rumah
Sahabat Futsal..Esoknya meronda ke Sg Pedu..tapi tak dapat mandi sebab empangan baru
melepaskan airnya..terus menuju ke empangan Pedu..melihat air di lepaskan dan melihat
pemeliharaan rusa..anak-anak seronok le.. Lewat petang..tengok Futsal main kapal control...
Akhirnya..selepas 9, hari dan memohon Futsal pulang..Akhirnya kami bertolak pulang ke Kuala
Lumpur..
IKTIBAR: 1.Kenangan belajar di Universiti sukar dilupakan
2. Sahabat sejati ,, membawa ke mati..
3. Seronok dapat Solat Jamak...

CUTI-CUTI MALAYSIA>>>

Thursday, November 26, 2009

KUALA LUMPUR BANDAR KOTOR?

Tajuk ini menjadi paparan akhbar dan media baru-baru ini. Biarlah kita fokus pada penempatan di kawasan apartment, rumah pangsa @ flat di sekitar Kuala Lumpur. Sebenarnya masalah ini berpunca dari sikap penduduk sendiri yang degil kerana tidak menjelaskan bayaran maintenance. Namun kalau dibahaskan., kes di malaysia ini amat pelik. Kita ada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi tidak tahu apa fungsinya. Lihat keadaan di Singapura. Keadaannya sungguh bersih dan tersusun sekali. Ini kerana kerajaan Singapura amat menitikberatkan soal penempatan rakyatnya. Tapi di Malaysia(Kuala Lumpur), situasinya amat berbeza sekali. Ia hanya bergantung pada pemaju. Mengapa kementerian ini tidak mengambil alih? Tidak bolehkan dibuat satu Akta supaya semua kawasan penempatan di bandar adalah di bawah kuasa Kementerian terbabit. Bayaran Cukai pintu, tanah dikenakan, tapi apa faedahnya pada rakyat?
Keadaan ini bertambah rumit pada kawasan yang telah tamat atau pindahmilik. Penduduk terpaksa membentuk komuniti /Persatuan penduduk masing-masing untuk menguruskannya. Ini menimbulkan lagi pelbagai konflik politikus di kawasan terbabit khususnya dalam menguruskan kebersihan@ pembuangan sampah dan lain-lain lagi. semakin mudah sebilangan penduduk lepas tangan dan enggan membayar wang maintenance daripada pihak pengurusan yang dilantik atas alasan mahal, kurang mempercayai, hormat menghormati.
Saya bagi contoh kelompok Serindit, AU3. Sudahlah flat PKNS, kawasan di Kuala Lumpur. DBKL lepas tangan. hendak mengadu pada PKNS, mereka kata kawasan Kuala Lumpur,mereka tidak boleh campurtangan lagi sebab dah pindakmilik dan sudah diserah pada penduduk.
Akta perlu dibentuk, dasar perlu dibuat agar Kementerian dapat mengambil-alih soal pengurusan agar penduduk lebih bertanggung-jawab.
Bagaimana pula dengan flat @ rumah pangsa yang mempunyai lif? Keadaan akan menjadi lebih teruk. Tanpa akta ini, penduduk yang degil dan tidak mempunyai sikap rasa malu, tidak akan menjelaskan bayaran maintenance hingga tertunggak berpuluh-puluh ribu. Contoh, Flat Cenderawasih AU3 dan lain-lain lagi. Semuanya berpunya dari perkara asas tadi. Ini belum menyentuh intergriti Ketua yang dilantik dan melesapkan duit kutipan.
Wahai, Kementerian terbabit khasnya Menteri terbabit... Buka Mata lah... Jangan bermimpi menjadi negara maju jika pengurusan kelas ke 3..

KES BABI DI KG TUMBUK

Saya penduduk asal Kg Tumbuk darat. Gambar Dr Karim dengan ibu jari "good" babi adalah fitnah jahat melalui teknik tindihan..Sejak Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang lagi, beliau berjuang agar babi di kawasan Dun Tg Sepat termasuk di Tanjong Layang dapat dipindahkan. Gambar itu memang berniat jahat..orang yang melakukannya adalah Babi sebenarnya.. dan kalau dia Melayu, 7 keturunan akan disumpah anak cucunya perangai macam babi.. Baru-baru ini tersiar di TV, Ketua Kg JKKPusat menyatakan kerja-kerja pengukuran telah dibuat berdekatan kubur Kg Tumbuk. Ingatan kami.. jangan bermain dengan api...Kami tak berniat merosakkan perpaduan kaum.. One Malaysia Dato Seri Najib memang baik..Bukan semua orang Cina suka babi di kawasan ini.. hanya taukeh taukeh babi sahaja. jangan lupa kejadian JE di Bukit pelandok.. Kami orang islam akan sentiasa berdoa setiap hari agar penternak-peternak babi ini akan diserang penyakit ini atau lebih teruk lagi dibalas oleh ALLAh dengan seburuk-buruk balasan termasuk pemimpin Melayu yang meluluskannya.
Pergilah ternak babi di negara Cina..@ Singapura yang majoriti makan babi. Kami termasuk penduduk-penduduk bangsa Cina saling hormat menghormati sejak merdeka lagi...
jangan 13Mei 69, berulang lagi.. Kita One Malaysia now..

Tuesday, November 17, 2009

TINTA GURU DAN KAWAN-KAWAN

Inilah wajah terkini Tinta Guru / waktakrim. I LOVE MY JOB! Dari kiri, Cikgu Sufian, Kaunselor sekolah yang sibuk, Cikgu Shahrulizad, guru IT dan Seni, waktakrim/Tinta Guru dan Cikgu Mahathir Mohamad, Hiasan Dalaman