Pages

Thursday, May 27, 2010

BEBAN GURU

Wak ingin bercerita tentang beban guru.[Sebagai guru, wak tak kisahpun beban itu, kerana bagi wak, semua kerjapun punyai beban tersendiri. Wak ingin merujuk satu kajian yang diperolehi tentang beban tugas di kalangan guru sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengetahui (1) jumlah penggunaan masa yang digunakan oleh guru-guru bagi melaksanakan tugas-tugas akademik dan bukan akademik di sekolah pada hari ini; (2) jenis tugas yang diberikan kepada seseorang guru; (3) perbandingan beban tugas di kalangan guru mengikut jantina dan gred sekolah; (4) persepsi guru terhadap beban tugas masing-masing. Seramai 100 orang guru telah memberi respon kepada soalselidik (survey) - iaitu kaedah yang digunakan untuk mengumpul data kajian ini. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS-PC4. Taburan frekuensi dan peratus telah diperolehi dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara puratanya setiap orang guru bekerja sejumlah 64.21 jam seminggu. Daripada jumlah masa bekerja ini sebanyak 39.59 jam seminggu (61.7%) digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas akademik dan sebanyak 24.62 jam seminggu (38.3%) bagi melaksanakan tugas-tugas bukan akademik di sekolah pada hari ini. Kebanyakan guru juga telah didapati memegang sebanyak 5 jenis tugas yang terdiri daripada tugas guru tingkatan, tugas-tugas khas dan tugas-tugas kokurikulum. Selain dari itu, perbandingan beban tugas antara jantina dan gred sekolah sekolah telah dibuat dengan melihat perbezaan purata penggunaan masa yang telah digunakan bagi melaksanakan sesuatu kerja. Guru perempuan didapati menggunakan masa yang lebih iaitu sejumlah 64.58 jam seminggu dan guru lelaki menggunakan sejumlah 63.35 jam seminggu bagi menjalankan tugas-tugas akademik dan bukan akademik. Daiam kajian ini juga didapati guru-guru sekolah gred A menggunakan masa yang lebih banyak iaitu sejumlah 64.88 jam seminggu berbanding dengan guru-guru sekolah gred B sejumlah 62.34 jam seminggu bagi melaksanakan tugas akademik dan bukan akademik. Pada umumnya persepsi guru-guru terhadap beban tugas mereka adalah berat. Oleh itu, penulis mencadangkan supaya kajian seterusnya dilakukan terhadap hubungan di antara beban tugas dan kesannya yang berlebihan ke atas prestasi pengajaran guru-guru di sekolah menengah pada hari ini.
ni kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain. Pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.

Wak ingin merujuk pula butir-butir terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk; `Pandangan dan Syor NUTP; Beban Guru meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini.

Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru.

Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias.

Ini adalah kali kedua perkara yang sama didedahkan oleh media tempatan. Pada 7 Julai 2005, sebahagian besar media cetak di Malaysia melaporkan bagaimana Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru (JMBTG) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin Buang telah mendapati guru terbabit mengambil masa 74 jam seminggu untuk melaksanakan tugas mereka selain dibebankan dengan tugas mengisi 108 jenis borang.

Guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai golongan `terbeban' kerana terpaksa menghabiskan sebahagian besar masa untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab mereka.

JMBTG juga mendakwa guru menghabiskan 38 hari setahun untuk menghadiri kursus dan latihan berbanding hanya tujuh hari yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada 27 Februari 2005, selepas majlis penutup Program Jatidiri dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Matrikulasi sesi 2004/2005 Kolej Matrikulasi Perak, Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran mendapati guru-guru kini terlalu dibebankan dengan tugas bukan mengajar sehingga menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Beliau tidak mahu guru-guru melakukan kerja bukan dalam bidang tanggungjawab mengajar seperti mengutip derma, kempen nyamuk aedes, menyelesaikan masalah longkang tersumbat dan sebagainya kerana ia cukup membebankan guru.

Beliau juga berjanji bahawa mulai tahun 2005 semua guru dipertanggungjawabkan untuk mengajar dan (urusan-urusan lain) selain itu perlu dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

DPPNJ melihat bahawa bebanan tugas berlebihan ini adalah berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di dalam pentadbiran dan penyelarasan di semua peringkat pentadbiran sekolah.

Jabatan Pelajaran Negeri tidak dapat mengatur masa kursus dengan tersusun sehingga menyebabkan terdapatnya ramai guru-guru di dalam sekolah yang sama terpaksa menghadiri kursus secara serentak di luar kawasan, ditambah lagi dengan keadaan guru yang bercuti dengan pelbagai sebab, justeru tugas yang ditinggalkan terpaksa dipikul oleh guru yang masih berada di sekolah.

Di sekolah pula, pengagihan tugas bergantung kepada kebijaksanaan Pengetua atau Guru Besar. Kebiasaanya Pengetua akan bergantung harap kepada guru yang boleh diharap sahaja sedangkan guru yang malas hanya melakukan tugas mengajar di kelas sahaja.

KPM perlu bertindak secara effisien untuk menyelaraskan semula tugas guru dengan mengambil kira daripada semua sudut. Paling penting tugas utama guru untuk mengajar dan mendidik tidak terganggu disebabkan bebanan tugasan yang di luar bidang kuasa guru.
Wak tidaklah setuju tentang semua Kajian itu. NUTP bukanlah berjaya sangat membela guru. Kalau guru terlalu dimanjakanpun, akan wujud nanti guru yang lembik, lemah dan tidak berdaya saing. Pengetua arah buat kerja sedikit, BANTAH. Namun kuasa perlu diberikan kepada Kelab Guru[ sama seperti PIBG] Ini kerana, sekiranya Pengerusi Kelab Guru juga diberikan kuasa dalam membuat keputusan., sudah pasti ada keseimbangan dari segi kediktaktoran Pentadbir dan kehendak guru. Contohnya, ada sekolah yang melantik Pengerusi Kelab Guru tanpa kehendak guru-guru. Ini akan memudahkan pentadbir merancang aktiviti yang melangkaui kemampuan guru-guru kerana sudah pasti suara guru tidak dapat disuarakan secara demokratik dan akan menimbulkan ketidakpuashatian guru-guru. Cadangan Wak adalah berdasarkan pengalaman wak di sekolah ialah:
1. Tingkatkan kemudahan kepada guru-guru.Contohnya, Bilik guru yang kondusif, meja, kerusi yang selesa, Wifi untuk kemudahan pembelajaran p&P..
2. Tingkatkan kuasa Pengerusi Kelab Guru yang mewakili guru-guru setaraf Pengerusi PIBG.
3. Adakan hari Q @ mesyuarat mingguan satu masa seminggu untuk guru-guru membincangkan masalah secara demokrasi.[Sekolah wak telah melakukannya, sebab itu apa jua masalah@ ketidakpuashatian telah dikemukan oleh guru @ Pengetua untuk keputusan yang adil.
4. Percepatkan kenaikan pangkat guru-guru/ permudahkan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh masa perkhidmatan agar tidak ada guru-guru yang didikriminasikan oleh pentadbir menderita. [Kenakan tindakan terhadap pentadbir yang gagal memberikan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan.
5. Berikan hadiah melancong @ potongan harga tiket penerbangan kepada guru-guru yang mendapat kenaikan pangkat sebagai dorongan motivasi.
6. Pisahkan HEM dengan Disiplin untuk memperkukuhkan disiplin di sekolah. Jadikan guru-guru disiplin dipandang tinggi. Berikan elaun khas.
7. Tingkatkan juga kredit untuk markah Ko-Kurikulum di sekolah. Guru-guru Sains Sukan @ PJK kena diberikan peluang meningkatkan prestasi. Selama ini, guru-guru ini kurang diberi perhatian dengan anggapan mata pelajaran PJK tidak penting. Ini salah sama sekali. Rasanya guru-guru inilah yang mempunyai beban paling tinggi.Pecahkan Jabatan Seni, Koko dan Sukan melangkaui ke sekolah-sekolah. Setakat ini, khabar pemecahannya di peringkat Kementerianpun senyap sahaja. Hangat-hangat tahi ayam ke?
Itu saja cadangan wak. Bagi wak, guru juga manusia biasa yang kadang-kadang emosional juga. Namun harapan wak, agar guru-guru tetap tabah dan rasional dengan tugas yang dipikul.Guru adalah sebutir mutiara yang bila digilap akan bersinar-sinar menerangi alam yang gelap gulita.

4 comments:

  1. Wak begitu semangat sekali...Kerana beban tugas yang dipikul, rupanya telah mematangkan kamu.

    ReplyDelete
  2. Wak,
    Cadangan yang sangat baik. Selamat bertugas.

    ReplyDelete
  3. saya adalah seorang guru dari hulu selangor, bolehkah saya tahu dimanakah boleh memperolehi laporan tentang beban guru yang baru baru diterbitkan itu?

    ReplyDelete