Pages

Friday, May 13, 2011

MEMOIR SMK TAMAN SETIAWANGSA ( Selamat Hari Guru 2011)

SMK Taman Setiawangsa

di dadamu ada ilmu yang bernyala-nyala

terang menyuluh ke jalan bahagia

pintu hatimu adalah pintu segala pelita pujangga

Gedung jiwamu telah menjadi pengukur pencapaian

hanya yang pintar mampu melonjak ke puncak impian



SMK Taman Setiawangsa

Lilin-lilinmu membakar tanpa jemu

tak mungkin terpadam di mamah waktu

di bara apinya ada manisan madu

cahayanya memancar menusuk kalbu

dalam tegas dan marahnya ada doa

semasin lidah para sang dewata

Gemerlap bersinar di puncak Setiawangsa

Kasihnya tak pudar sampai bila-bila



SMK Taman Setiawangsa

kini, anak-anakmu telah berjaya

memegang teraju layang-layangnya

sesekali takkan ia putus

jalanlah menuju ke jalan yang lurus

terbanglah terbang tinggilah tinggi

melebar sayap ke puncak awan

terbanglah terbang tinggilah tinggi

cerianya penampilan mewarnakan pencapaian

gagah berdiri menjadi bangsa yang cemerlang

Namamu terus terpahat di gelanggang impian.

sampai mati membawa kenangan...



" SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2011"

Thursday, April 14, 2011

RENUNGAN BUAT PENGUNDI DI SARAWAK

Saya masih ingat, ketika saya bersekolah rendah ( 1976-1981), saya kerap berjalan kaki, samada pergi atau balik dari sekolah. Jalan masih belum berturap dan berkerikil merah. Acap kali, saya kena membasuh kasut sebelum masuk ke kelas. Kampung sangat mundur walaupun terletak di negeri yang paling maju di Selangor. Jalan tidak berturap, lampu elektrik tidak ada, air paip tidak ada dan setiap kali musim kemarau, saya terpaksa membawa tong untuk mengambil air yang dibekalkan oleh lori Bekalan Air Selangor. Semuanya gara-gara kawasan saya DUN Batu Laut (sekarang Tanjong Sepat)berada di tangan pembangkang iaitu Parti Bebas @ Lambang Kunci.

Bila malam, saya terpaksa menelaah buku menggunakan lampu pelita. Bila mengaji, terpaksa membawa lampu jamung.Ayah kata, insyaallah, bila BN menang pilihanraya nanti, semuanya pasti berubah. Saya hanya mendiamkan diri. Tiada TV di hadapanku. Hanya radio kecil yang menghiburkan tatkala ada pertandingan bolasepak atau badminton berkumandang.Hatiku kuat memberontak. Apapun saya redha takdir hidup.

Sewaktu meningkat ke sekolah menengah( 1983-1985)Keadaan masih belum berubah. Cuma bekalan elektrik telah ada belas ehsan YB Dato Suhaimi Kamaruddin, Ahli Parlimen Sepang(BN) pada waktu itu. Sewaktu mula-mula lampu mentol menyala di rumah saya, saya dan abang melompat kegembiraan. Selepas ini, teranglah dunia kami. Pasti ayah akan membeli TV selepas ini. Mudahlah untuk saya mentelaah buku pelajaran. Namun, jalan dan air paip masih tiada. Hanya mengharapkan hujan dan tangki air yang dibina. Bila musim kemarau, mandilah kami di parit di tepi hutan. Minumpun dicatu air bantuan.

Jalan-jalan di kampung banyak yang tiada lagi menghubungkan rumah-rumah di kampung. Kami hanya melalui jalan denai yang boleh dihubungi dengan motor dan basikal. Penantian, satu penyiksaan. Timbullah semangat membara di dadaku. Saya amat bersemangat untuk membela nasib. Saya kerap menulis sajak di sekolah menyeru supaya berubah dan menyokong kerajaan. Di kampung, saya amat bersemangat mengikut ayah ke mesyuarat UMNO dengan harapan keadaan kampung berubah. Saya sangat membenci pembangkang. Pernah suatu hari, saya coret kereta isteri YB Bebas dengan lambang Dacing. Saya benci kerana saya bosan dengan kemunduran. Siksanya hidup dengan segala kepayahan ini.

Akhirnya, masanya tiba-1986, pilihanraya Umum. Calon BN Allahyarham Sairon menentang Calon pembangkang Penyandang AllahyarhamCikgu Jabar(Bebas). Saya sangat bersemangat. Abang saya Mohd Tarmudi Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu. Saya giat berkempen memasang poster sekeliling kampung, hingga keretapun kami pasang poster BN. Saya menunggang motor dengan kawan-kawan pada malam nak mengundi dan melaung Hidup BN, undi BN.

Akhirnya, diumumkan BN menang pada malam itu. Pagi esoknya, saya dan abang saya memandu kereta berposter BN penuh mengelilingi pekan Tanjong Sepat hingga dikejar oleh polis. Saya tidak peduli. Saya mahu berubah.Mujurlah polis yang mengejar masih ada hubungan saudara. Settle.

Ajaibnya. Selepas genap 4 bulan. Perubahan mulai ketara. Jalan masuk ke kampung mula diturap. Bekalan air dibekalkan ke setiap rumah. Gembiranya kami. Syukur Ya Allah. Terima kasih BN. Genap 2 tahun, jalan-jalan mula dibina menghubungi setiap lorong kampung dan diturap. Semuanya berubah sekelip mata. Kampungku sudah maju. Saya teruskan perjuangan sehingga menjadi guru, balik ke kampung menjadi Ketua Pemuda UMNO, Setiausaha Masjid, Setiausaha Rukun Tetangga, Setiausaha MAYC Kuala Langat dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Bahagian Sepang. Aktif berjuang merubah minda masyarakat. Akhirnya semuanya saya tinggalkan untuk menyambung ilmu ke menara gading. Kini, saya terlantar di kota meropolitan. Jiwaku dan terhutang budiku tetap satu. Terima kasih BN, pilihlah BN, selagi dia penyambung kemajuan rakyat. Walaupun saya tidak lagi aktif dalam politik, saya masih tetap terhutang budi, terimakasih BN.

Monday, October 18, 2010

Guru dan Ombak Masa

Jangan merintih guru tua
Mendidik tak semestinya manis
Tapi biasalah..Pantai lama, ombak keredut..

Kalaupun kau menangis
Bukit akan di situ juga
Sungai akan tetap mengalir ke hilir
Kecewa sendiri..

Apa yang perlu kita tunjukkan
Kesabaran, kesungguhan baru guru tua
Berlawan dengan waktu dan kecanggihan media
setiap masa dan ketika..

Dunia semakin mencabar guru tua
Surat lama sudah diganti dengan hantaran SMS ringkas
Umpatan dan rasa tidak puas hati dicoret di wall facebook mereka
Kadang-kadang guru tak pernahpun membacanya
Kerana ada di antara guru tidak punya lamannya..
Lalu terus tenggelam hanyut di arus masa

Dunia semakin mencabar guru tua
Adakah guru-guru masih tidak tahu
Anak muridnya membuka tudung di profilnya
‘Posing’ maut di pelukan jejaka
Ayat lucah menghiasi komennya..
Semakin hilang adab dan budaya
Terkadang terasa berada di Amerika dan Korea..

Bila seorang guru menitiskan airmata
Ia mungkin kecewa pada dirinya sendiri
Yang semakin samar dalam kegelapan
Pada alam pendidikan yang semakin berbeza
Dilambung ombak dunia yang semakin laju
Guru yang tua semakin layu...

Nukilan rasa,Wak-Takrim
SMK Taman Setiawangsa

Wednesday, August 25, 2010

DILEMA GURU BERAKHIR MENJELANG HARI RAYA...

Tinta Guru ada menulis tentang kegusaran pendidik menjelang Hari Raya terutamanya persolan ada bonus @ saguhati atau tidak? Nampaknya semua persolan telah terjawab dengan hadiah RM 500. Terimakasih PM ! Walaupun mungkin kecil di bandingkan dengan nilai pasaran semasa namun tetap amat bererti buat warga pendidik. Setidak-tidaknya dapatlah menampung wang saku atau minyak kereta di hari raya. Dilema berakhir. terimakasih PM. Masih menanti Bonus tahunan..... SELAMAT HARI RAYA kepada PM dan barisan kuasa Eksekutif....

Friday, August 20, 2010

UCAPAN SELAMAT BUAT WARGA PENDIDIK

Tinta Guru mengucapkan " SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN YANG BAKAL TIBA " kepada seluruh warga pendidik.

DILEMA GURU MENJELANG RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera 1Malaysia.

Tinta Guru hanya ingin meluahkan perasaan guru dan ingin menyentuh dan mengupas perasaan guru hari ini. Nampaknya, kerajaan khasnya Kementeria Pelajaran perlu memahami masalah guru sekarang kerana banyak situasi yang membuatkan mereka bingung dan membenci kerajaan. Satu kata-kata Emas.. "TPM perlu faham kuasa yang ada pada guru boleh meruntuhkan tembok pemerintahan..". Kata-kata ini berdasarkan 3 perkara yang ikhlas untuk mendapat perhatian Kementerian berdasarkan kebajikan guru yang agak diabaikan sejak akhir-akhir ini.

1. Kenaikkan pangkat dan kurangnya praktikal ujian PTK.
Ramai guru kecewa dengan kurangnya praktikal ujian PTK ini. Ada guru yang mendapat APC tetapi gagal untuk mendapat keputusan lulus 4 dalam ujian PTK tetapi ada pula guru yang mendapat lulus PTK 4, walhal di sekolah mereka kurang aktif, pasif. Situasi ini amat mengecewakan guru APC untuk kekal menyumbang tenaga secara total. Sayugia diingatkan, kenaikan gaji untuk keputusan lulus PTK 4 adalah meningkat jauh daripada mereka yang lulus 3 apabila mereka naik pangkat dari DG41 ke DG44 atau DG44 ke DG48 dan seterusnya..

2. Kenaikan gaji, elaun dan bonus.
Tinta guru berpendapat, gaji guru perlu disemak semula. Elaun rumah perlu ditambah terutamanya memikirkan kos yang tinggi bagi guru yang menetap di bandar besar.Bonus. Mana bonus untuk guru terutamanya menjelang hari raya? CUEPACS tuntut 2 bulan. Adakah kerajaan tidak mampu? atau sengaja kata tidak mampu? Ramai guru bersembang, isteri menteri-menteri shopping mahal-mahal di luar negeri. Lagilah isteri PM dan TPM.. isteri/suami guru pakaian tidak bergantilah di hari raya ini.Sayugia diingatkan bahawa masih ramai guru DG41 yang sambung belajar yang masih tidak puashati atau berdendam kerana gaji guru DG32 atau rakan mereka yang tidak sambung belajar di mana gaji kenaikkan awal mereka lebih tinggi gaji mereka yang sambung belajar.

3. Urusan tugas dan Claim tambang/pengangkutan/ bertugas menjaga peperiksaan.
Situasi ini lagi amat menggusarkan. Guru selalu diwar-warkan, jabatan tidak ada duit.Kementerian tidak ada duit. Benarkah? No more claim untuk perjalanan, kalau kena attend meeting, kira ikhlaslah. Kalau dapat claimpun paling minima. Jaga periksapun sama. utamakan sekolah berhampiran. realistikkah? Mengapa kalau pasal politik, derma 2 jutapun boleh..cash!

Tinta guru berharap agar Kementerian pelajaran mengambil langkah segera mengatasi masalah ini. Jangan sampai guru-guru marah dan menggunakan kuasa mereka barulah hendak mengambil tindakan. Tulisan Tinta Guru hanya meluahkan perasaan mereka berdasarkan bisik-bisik sesama guru yang mana kalau disiasatpun memang benarlah pepatah mengatakan, Guru Ibarat lilin yang membakar..tetapi perlu dingat, apabila ia sudah mebakar, ia akam membakar seluruh rumah. Permintaan guru, Mana bonus di pagi raya??

Thursday, May 27, 2010

BEBAN GURU

Wak ingin bercerita tentang beban guru.[Sebagai guru, wak tak kisahpun beban itu, kerana bagi wak, semua kerjapun punyai beban tersendiri. Wak ingin merujuk satu kajian yang diperolehi tentang beban tugas di kalangan guru sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengetahui (1) jumlah penggunaan masa yang digunakan oleh guru-guru bagi melaksanakan tugas-tugas akademik dan bukan akademik di sekolah pada hari ini; (2) jenis tugas yang diberikan kepada seseorang guru; (3) perbandingan beban tugas di kalangan guru mengikut jantina dan gred sekolah; (4) persepsi guru terhadap beban tugas masing-masing. Seramai 100 orang guru telah memberi respon kepada soalselidik (survey) - iaitu kaedah yang digunakan untuk mengumpul data kajian ini. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS-PC4. Taburan frekuensi dan peratus telah diperolehi dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara puratanya setiap orang guru bekerja sejumlah 64.21 jam seminggu. Daripada jumlah masa bekerja ini sebanyak 39.59 jam seminggu (61.7%) digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas akademik dan sebanyak 24.62 jam seminggu (38.3%) bagi melaksanakan tugas-tugas bukan akademik di sekolah pada hari ini. Kebanyakan guru juga telah didapati memegang sebanyak 5 jenis tugas yang terdiri daripada tugas guru tingkatan, tugas-tugas khas dan tugas-tugas kokurikulum. Selain dari itu, perbandingan beban tugas antara jantina dan gred sekolah sekolah telah dibuat dengan melihat perbezaan purata penggunaan masa yang telah digunakan bagi melaksanakan sesuatu kerja. Guru perempuan didapati menggunakan masa yang lebih iaitu sejumlah 64.58 jam seminggu dan guru lelaki menggunakan sejumlah 63.35 jam seminggu bagi menjalankan tugas-tugas akademik dan bukan akademik. Daiam kajian ini juga didapati guru-guru sekolah gred A menggunakan masa yang lebih banyak iaitu sejumlah 64.88 jam seminggu berbanding dengan guru-guru sekolah gred B sejumlah 62.34 jam seminggu bagi melaksanakan tugas akademik dan bukan akademik. Pada umumnya persepsi guru-guru terhadap beban tugas mereka adalah berat. Oleh itu, penulis mencadangkan supaya kajian seterusnya dilakukan terhadap hubungan di antara beban tugas dan kesannya yang berlebihan ke atas prestasi pengajaran guru-guru di sekolah menengah pada hari ini.
ni kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain. Pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.

Wak ingin merujuk pula butir-butir terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk; `Pandangan dan Syor NUTP; Beban Guru meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini.

Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru.

Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias.

Ini adalah kali kedua perkara yang sama didedahkan oleh media tempatan. Pada 7 Julai 2005, sebahagian besar media cetak di Malaysia melaporkan bagaimana Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru (JMBTG) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin Buang telah mendapati guru terbabit mengambil masa 74 jam seminggu untuk melaksanakan tugas mereka selain dibebankan dengan tugas mengisi 108 jenis borang.

Guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai golongan `terbeban' kerana terpaksa menghabiskan sebahagian besar masa untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab mereka.

JMBTG juga mendakwa guru menghabiskan 38 hari setahun untuk menghadiri kursus dan latihan berbanding hanya tujuh hari yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada 27 Februari 2005, selepas majlis penutup Program Jatidiri dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Matrikulasi sesi 2004/2005 Kolej Matrikulasi Perak, Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran mendapati guru-guru kini terlalu dibebankan dengan tugas bukan mengajar sehingga menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Beliau tidak mahu guru-guru melakukan kerja bukan dalam bidang tanggungjawab mengajar seperti mengutip derma, kempen nyamuk aedes, menyelesaikan masalah longkang tersumbat dan sebagainya kerana ia cukup membebankan guru.

Beliau juga berjanji bahawa mulai tahun 2005 semua guru dipertanggungjawabkan untuk mengajar dan (urusan-urusan lain) selain itu perlu dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

DPPNJ melihat bahawa bebanan tugas berlebihan ini adalah berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di dalam pentadbiran dan penyelarasan di semua peringkat pentadbiran sekolah.

Jabatan Pelajaran Negeri tidak dapat mengatur masa kursus dengan tersusun sehingga menyebabkan terdapatnya ramai guru-guru di dalam sekolah yang sama terpaksa menghadiri kursus secara serentak di luar kawasan, ditambah lagi dengan keadaan guru yang bercuti dengan pelbagai sebab, justeru tugas yang ditinggalkan terpaksa dipikul oleh guru yang masih berada di sekolah.

Di sekolah pula, pengagihan tugas bergantung kepada kebijaksanaan Pengetua atau Guru Besar. Kebiasaanya Pengetua akan bergantung harap kepada guru yang boleh diharap sahaja sedangkan guru yang malas hanya melakukan tugas mengajar di kelas sahaja.

KPM perlu bertindak secara effisien untuk menyelaraskan semula tugas guru dengan mengambil kira daripada semua sudut. Paling penting tugas utama guru untuk mengajar dan mendidik tidak terganggu disebabkan bebanan tugasan yang di luar bidang kuasa guru.
Wak tidaklah setuju tentang semua Kajian itu. NUTP bukanlah berjaya sangat membela guru. Kalau guru terlalu dimanjakanpun, akan wujud nanti guru yang lembik, lemah dan tidak berdaya saing. Pengetua arah buat kerja sedikit, BANTAH. Namun kuasa perlu diberikan kepada Kelab Guru[ sama seperti PIBG] Ini kerana, sekiranya Pengerusi Kelab Guru juga diberikan kuasa dalam membuat keputusan., sudah pasti ada keseimbangan dari segi kediktaktoran Pentadbir dan kehendak guru. Contohnya, ada sekolah yang melantik Pengerusi Kelab Guru tanpa kehendak guru-guru. Ini akan memudahkan pentadbir merancang aktiviti yang melangkaui kemampuan guru-guru kerana sudah pasti suara guru tidak dapat disuarakan secara demokratik dan akan menimbulkan ketidakpuashatian guru-guru. Cadangan Wak adalah berdasarkan pengalaman wak di sekolah ialah:
1. Tingkatkan kemudahan kepada guru-guru.Contohnya, Bilik guru yang kondusif, meja, kerusi yang selesa, Wifi untuk kemudahan pembelajaran p&P..
2. Tingkatkan kuasa Pengerusi Kelab Guru yang mewakili guru-guru setaraf Pengerusi PIBG.
3. Adakan hari Q @ mesyuarat mingguan satu masa seminggu untuk guru-guru membincangkan masalah secara demokrasi.[Sekolah wak telah melakukannya, sebab itu apa jua masalah@ ketidakpuashatian telah dikemukan oleh guru @ Pengetua untuk keputusan yang adil.
4. Percepatkan kenaikan pangkat guru-guru/ permudahkan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh masa perkhidmatan agar tidak ada guru-guru yang didikriminasikan oleh pentadbir menderita. [Kenakan tindakan terhadap pentadbir yang gagal memberikan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan.
5. Berikan hadiah melancong @ potongan harga tiket penerbangan kepada guru-guru yang mendapat kenaikan pangkat sebagai dorongan motivasi.
6. Pisahkan HEM dengan Disiplin untuk memperkukuhkan disiplin di sekolah. Jadikan guru-guru disiplin dipandang tinggi. Berikan elaun khas.
7. Tingkatkan juga kredit untuk markah Ko-Kurikulum di sekolah. Guru-guru Sains Sukan @ PJK kena diberikan peluang meningkatkan prestasi. Selama ini, guru-guru ini kurang diberi perhatian dengan anggapan mata pelajaran PJK tidak penting. Ini salah sama sekali. Rasanya guru-guru inilah yang mempunyai beban paling tinggi.Pecahkan Jabatan Seni, Koko dan Sukan melangkaui ke sekolah-sekolah. Setakat ini, khabar pemecahannya di peringkat Kementerianpun senyap sahaja. Hangat-hangat tahi ayam ke?
Itu saja cadangan wak. Bagi wak, guru juga manusia biasa yang kadang-kadang emosional juga. Namun harapan wak, agar guru-guru tetap tabah dan rasional dengan tugas yang dipikul.Guru adalah sebutir mutiara yang bila digilap akan bersinar-sinar menerangi alam yang gelap gulita.

PERLUKAH SUBSIDI DITARIK BALIK?

Hari ini wak ingin bercerita tentang hasrat yang dikemukan oleh Idris Jala iaitu Pengurangan subsidi oleh kerajaan. Persoalannya, perlukah Malaysia merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi yang selaras dengan pengurangan subsidi di peringkat global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan, ia perlu dilaksanakan kerana banyak negara sudah melaksanakannya. Contohnya, rakyat Somalia sendiri perlu bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia.
Mengikut perangkaan Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009 adalah pada 11 peratus, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus.

Dato Idris Jala juga menyatakan, budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana ia dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan serta penyalahgunaan dan pada masa sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.
Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara menyeluruh. Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun.

Beliau berkata, kerajaan dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap perkara utama bagi mencapai penjimatan lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.
Wak rasa, mampukah ianya dilaksanakan. [ Bukankah masyarakat Malaysia, terutamanya Melayu, sudah terlalu lama dengan SUBSIDI..?] Bagi wak, salah kita juga. Terlalu banyak subsidi diberikan kepada masyarakat sejak dulu lagi. Ia ada kaitan dengan politik juga. Idris Jala bukan orang politik. Ia bercerita tentang Ekonomi. Ini akan membahayakan prestasi kerajaan di hati rakyat nanti. Subsidi minyak contohnya. Bayangkan kalau subsidi minyak dihentikan secara mendadak..? Rasanya sudah dapat dibayangkan reaksi rakyat nanti.. Ini belum cerita lagi reaksi peniaga yang pastinya akan menaikkan harga barangan secara mendadak. Masyarakat marhain akan kelam-kabut.
Wak cadangkan, taraf kehidupan rakyat kena diperbaiki. Gaji kakitangan awam kena dinaikkan. Tingkatkan produktiviti dan hasil negara. Cukai terhadap golongan KAYA kena dinaikkan. Semalam diumumkan 40 manusia paling kaya di Malaysia. Orang-orang ini kena dikenakan cukai yang tinggi. Wang mereka juga hasil memerah hasil rakyat. Contoh, TAn Sri Kuok..Raja GULA, tetapi gula kerap dipaparkan berkurangan, walhal TAUKE GULA kaya-raya. Adilkah semua ini.? Oleh itu, wak cadangkan agar kerajaan meneliti situasi ini dengan lebih mendalam ..Buat satu Rang Undang-undang.. Mereka yang memiliki kekayaan melebihi satu bilion..kena membayar cukai 10 juta kepada kerajaan untuk rakyat. Rasanya ini adil. Kita hapuskan sistem seperti Kolonial yang mengaut kekayaan tanpa batasan, sedangkan kekayaan itu perlu diagihkan juga kepada rakyat. So, orang-orang seperti 40 orang yang terkaya ini..perlu diambil peranannya juga bagi menstabikan ekonomi negara.

Thursday, February 4, 2010

MSSM buat U turn dan budget 89 juta TPM

Baru-baru ini, resah di kalangan guru terutamanya guru sukan, bingungpun ada, apabila Takwim MSSM menyatakan pengguguran beberapa acara sukan tertentu dalam kalendar tahunannya dengan hanya menyatakan tertakluk pada keadaan semasa. (sekiranya peruntukkan diperoleh)Tidak cukup dengan itu, kategori bawah 12 dan 15 juga ditiadakan dengan alasan budget tiada.
Keresahan bertambah hingga dinyatakan segala mesyuarat (jabatan)juga hanya dibekalkan air mineral seolah-olah hendak menunjukkan betapa teruknya situasi kewangan semasa.
Persoalannya? Situasi ini seolah-olah hendak menunjukkan bahawa Kementerian pelajaran @ MSSM atau Jabatan (Unit Sukan) memang tiada peruntukkan yang mencukupi.?
Persoalan kedua? Apakah tindakan ini tidak dibincangkan bersama Menteri Pelajaran terlebih dahulu sebelum Takwim diedarkan disekolah-sekolah @ sengaja hendak menjatuhkan imej TPM selaku Menteri pelajaran?
Peruntukkan 89 juta yang diumumkan amat melegakan sekurang-kurang dapat mengembalikan kenyakinan guru-guru sukan pada kerajaan. Tidak dapat dibayangkan bila anak-anak murid melahirkan kekecewaan apabila kategori 15 tahun tidak dipertandingkan. Mereka marah, kecewa kerana tidak dapat peluang untuk mewakili sekolah.
Hasrat untuk melahirkan ramai jurulatih di kalangan guru baik tapi agak kurang praktikal. Latihlah di kalangan bekas-bekas atlit kebangsaan atau negeri dan letakkan di setiap Zon @ Daerah dan Negeri sebagai Pengerusi teknik. Buat masa ini, PT dilantik di kalangan guru yang aktif dan pasti akan menjejaskan kerjaya sebagai guru kerana masa yang diluangkan untuk tugas mengakibatkan kerap tidak berada di sekolah. Bagaimanapun Kursus Pengurusan Sukan atau Kursus Kepegawaian Sukan lebih penting dan sesuai untuk guru kerana guru memang sesuai mengurus dan sebagai Pegawai Kejohanan dan bukan melatih yang pastinya akan mengganggu tugas P&P. Bagaimanapun jasa guru masih boleh diperlukan sebagai jurulatih atau pembimbing di sekolah.
Dari segi Insfrastruktur.. sistem pengurusan padang berumput di sekolah amat teruk sekali. Di KL..hanya beberapa sekolah yang masih mempunyai padang. Baru-baru ini, padang di SK St John(tempat bertugas rakan saya) telah dibaikpulih. Tahniah.! Inilah yang kita mahukan. Harapan agar hasrat Menteri pelajaran agar peruntukkan yang diberi juga untuk memperbaiki insfrastruktur dan padang dan direalisasikan.
Apapun, Pengarah MSSM , MSSN perlu menjawab mengapa keresahan ini berlaku bukan sahaja di kalangan guru, malahan ibubapa juga.
Cadangan dari saya, MSSM perlu mewujudkan Sukan 1Malaysia di kalangan pelajar sekolah dan perlu memikirkan formulanya bagi mengeratkan hubungan antara kaum yang semakin rapuh. Majulah Sukan Untuk negara.

Thursday, January 28, 2010

SEKOLAH BESTARI OO SEKOLAH BESTARI

Perisytiharan Sekolah-sekolah Bestari oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini seolah ingin membuktikan kehebatan Sistem Pendidikan di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Ia-mungkin untuk sekolah itu yang bolehlah dianggap sekolah emas dan warganya juga anak emas dan di kalangan bijak pandai. sentuhan sedikit oleh guru sudah cukup untuk mendapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR atau 10A+ dalam SPM.. Bagaimana dengan sekolah-sekolah lain khasnya di luar bandar? Wahai warga pendidik.. ; kalau anda benar-benar hebat, didiklah anak-anak yang tidak pandai dan punya seribu macam masalah.. anak-anak di luar bandar yang banyak terjebak dengan masalah p&p, mahupun anak-anak di Felda dan bandar yang mempunyai masalah disiplin kronik.. Suruh guru-guru sekolah bestari ini mendidiknya.. tambah 3 kali ganda gajipun mungkin tidak sanggup.. hanya tahu mengajar murid yang pandai... Walhal..kepuasan seorang guru ialah apabila dapat mendidik biarpun hanya mengubah sikap dan perwatakan untuk menjadi manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara.
Inilah yang sering dilupakan oleh sistem pendidikan kita. Asyik-asyik akademik. Bangganya Pengarah Pelajaran kiranya dapat melapor keputusan cemerlang keputusan peperiksaan di media massa. Hakikatnya..semakin ramai anak kita rosak akhlaknya, budi pekertinya, hilang nilai-nilai patriotiknya.
Antara sebab dan punca:
1. Mengabaikan matapelajaran PJK dan aktiviti sukan. Bukankah penyata Rahman Talib telah menyatakan pentingnya subjek ini? Peruntukkan aktiviti sukan dikurangkan ...Banyak acara-acara sukan tiada dipertandingkan dalam MSSMKL contohnya dan MSSM juga...walhal sebelum ini dilaung-laungkan bahawa pelajar perlu cemerlang dalam bidang akademik , sukan dan Ko-Kurikulum.. Persoalannya? mengapa perlu dikurangkan budget untuk tumbesaran anak-anak ke arah kecergasan psikomotor, kognitif dan afektifnya. Ini belum cerita keadaan di sekolah. Kebanyakan Pengetua kurang mengambil berat aspek-aspek ini.. sukarnya nak bagi ruang untuk menjalankan aktiviti sukan yang sempurna. Walhal..Dato Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang, Dato Nicol dibangga-banggakan kerana mengharumkan nama negara dalam bidang...SUKAN..bukan AKADEMIK! Mengapa "too slow" untuk membentuk sekolah-sekolah sukan, walhal sukan dapat membentuk jati diri dan nilai-nilai Patriotik yang tinggi. Apa guna mempunyai kelulusan akademik tinggi, akhirnya menentang Kerajaan dan memburuk-burukkan negara sendiri... kerana mereka ini lahir dari pelajar yang buta sukan.
2. Tiada usaha jitu untuk memperkasakan subjek Sejarah, Pendidikan Sivik dan Ketatanegaraan..Sebagai pendidik, saya berpendapat sukatan matapelajaran Sejarah perlu diubah bukan setakat untuk mengingati fakta sejarah, tetapi jati diri warganegara perlu diperkukuhkan. Contoh, prinsip-prinsip rukunegara.. Kandungan Perlembagaan dan sejarah atau situasi terkini khasnya isu-isu yang menyentuh nilai-nilai perpaduan, undang-undang..
Apapun., sebagai pendidik..tiada yang lebih bermakna melainkan melihat anak didiknya menjadi manusia berguna.. Gurulah yang melahirkan Lee Chong Wei..Gurulah yang melahirkan nama-nama besar..dan Guru juga yang melahirkan pemimpin..namun siapa guru bergelar Dato'?

Saturday, December 19, 2009

PERJALANAN CUTI-CUTI MALAYSIA-KEDAH 2009

Selamat bercuti kepada semua rakan guru dan pelajar. Cuti tahun ini merupakan tahun yang paling menarik sebab:
1. Tidak terlibat tugasan PMR dan SPM
2. Isteri pun cuti sama
3. Termakbul untuk bercuti ke Kedah, tempat study dulu. Sudah pasti dapat bertemu dengan
sahabat-sahabat lama
Saya bertolak pada 6 Disember jam 10am dan sampai ke Sungai Petani pukul 3pm. (Kereta Neo memang power!!) Berhenti di Petronas Sg Petani untuk berjumpa dengan 'housemate' Khairul Rijal dan isteri. Jam 4.30pm, meneruskan perjalanan ke Alor Setar..Rakan baik, Ucop tawarkan menginap di rumahnya di Taman Engku Sarina, Taman Tema, Jitra. So, kerana tidak mahu menghampakan sahabat dan berbincang dengan isteri, sayapun menginap di rumahnya. Esoknya, kami pun melepaskan rindu meronda Alor Setar..menara Alor Setar, Pekan Rabu, Muzium Padi..Malam kami makan Kuew Teow Kerang di pekan Jitra..sedap!!! betul-betul depan pejabat Dr Romzi pakar kurus badan popular. Esoknya, kami melawat Kakak Ucop operation Batu Karang di KMC..Petang..Kami sekeluarga meronda pulak Pusat Sains dan kawasan padi sekitar Kg Padang Hang, Alor Janggus..Singgah di rumah kawan karib Ghani di belakang Hospital Jitra..(tempat saya menyewa dulu)sambil melepaskan rindu di rumah sewa lama.
Esoknya, Pagi..melepaskan geram main golf dengan Ucop di Kelab Golf Darul Aman..menang,, Petang..kami melepaskan rindu bermain bot kayuh di Taman Tema..tempat berjogging dulu-dulu.. Malam, kami bertolak ke rumah Sahabat housemate..Sobri di anak Bukit..berbual-bual..akhirnya tidur di sana...
Bertolak ke Kuala Kedah jam 3.30 petang..5.00pm, sampai ke Jeti Kuah..ambil kereta sewa dan menginap di Hotel Seaview..Tempat-tempat yang kami lawati sepanjang di Langkawi:
1. Pantai Chenang
2. Laman Padi
3. Underwaterworld..
4. Taman Mahsuri
5. Beras Terbakar..(lalu je)
6. Gerai-gerai Gamat
7. Awana Porto Malai.
8.Of course... Naik Kabel Langkawi..gondola.. Hari Sabtu, gagal naik sebab angin kencang,..nasib
baik sempat naik hari Ahad sebelum Check-out hotel..Pengalaman...Wow! hebat dan sungguh
mencabar! Nak dapat naik..beratur 1jam setengah..
Hari Ahad..bertolak pulang ke Kedah..Esoknya..Ke Kuala Nerang..tidur pulak di rumah
Sahabat Futsal..Esoknya meronda ke Sg Pedu..tapi tak dapat mandi sebab empangan baru
melepaskan airnya..terus menuju ke empangan Pedu..melihat air di lepaskan dan melihat
pemeliharaan rusa..anak-anak seronok le.. Lewat petang..tengok Futsal main kapal control...
Akhirnya..selepas 9, hari dan memohon Futsal pulang..Akhirnya kami bertolak pulang ke Kuala
Lumpur..
IKTIBAR: 1.Kenangan belajar di Universiti sukar dilupakan
2. Sahabat sejati ,, membawa ke mati..
3. Seronok dapat Solat Jamak...

CUTI-CUTI MALAYSIA>>>

Thursday, November 26, 2009

KUALA LUMPUR BANDAR KOTOR?

Tajuk ini menjadi paparan akhbar dan media baru-baru ini. Biarlah kita fokus pada penempatan di kawasan apartment, rumah pangsa @ flat di sekitar Kuala Lumpur. Sebenarnya masalah ini berpunca dari sikap penduduk sendiri yang degil kerana tidak menjelaskan bayaran maintenance. Namun kalau dibahaskan., kes di malaysia ini amat pelik. Kita ada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi tidak tahu apa fungsinya. Lihat keadaan di Singapura. Keadaannya sungguh bersih dan tersusun sekali. Ini kerana kerajaan Singapura amat menitikberatkan soal penempatan rakyatnya. Tapi di Malaysia(Kuala Lumpur), situasinya amat berbeza sekali. Ia hanya bergantung pada pemaju. Mengapa kementerian ini tidak mengambil alih? Tidak bolehkan dibuat satu Akta supaya semua kawasan penempatan di bandar adalah di bawah kuasa Kementerian terbabit. Bayaran Cukai pintu, tanah dikenakan, tapi apa faedahnya pada rakyat?
Keadaan ini bertambah rumit pada kawasan yang telah tamat atau pindahmilik. Penduduk terpaksa membentuk komuniti /Persatuan penduduk masing-masing untuk menguruskannya. Ini menimbulkan lagi pelbagai konflik politikus di kawasan terbabit khususnya dalam menguruskan kebersihan@ pembuangan sampah dan lain-lain lagi. semakin mudah sebilangan penduduk lepas tangan dan enggan membayar wang maintenance daripada pihak pengurusan yang dilantik atas alasan mahal, kurang mempercayai, hormat menghormati.
Saya bagi contoh kelompok Serindit, AU3. Sudahlah flat PKNS, kawasan di Kuala Lumpur. DBKL lepas tangan. hendak mengadu pada PKNS, mereka kata kawasan Kuala Lumpur,mereka tidak boleh campurtangan lagi sebab dah pindakmilik dan sudah diserah pada penduduk.
Akta perlu dibentuk, dasar perlu dibuat agar Kementerian dapat mengambil-alih soal pengurusan agar penduduk lebih bertanggung-jawab.
Bagaimana pula dengan flat @ rumah pangsa yang mempunyai lif? Keadaan akan menjadi lebih teruk. Tanpa akta ini, penduduk yang degil dan tidak mempunyai sikap rasa malu, tidak akan menjelaskan bayaran maintenance hingga tertunggak berpuluh-puluh ribu. Contoh, Flat Cenderawasih AU3 dan lain-lain lagi. Semuanya berpunya dari perkara asas tadi. Ini belum menyentuh intergriti Ketua yang dilantik dan melesapkan duit kutipan.
Wahai, Kementerian terbabit khasnya Menteri terbabit... Buka Mata lah... Jangan bermimpi menjadi negara maju jika pengurusan kelas ke 3..

KES BABI DI KG TUMBUK

Saya penduduk asal Kg Tumbuk darat. Gambar Dr Karim dengan ibu jari "good" babi adalah fitnah jahat melalui teknik tindihan..Sejak Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang lagi, beliau berjuang agar babi di kawasan Dun Tg Sepat termasuk di Tanjong Layang dapat dipindahkan. Gambar itu memang berniat jahat..orang yang melakukannya adalah Babi sebenarnya.. dan kalau dia Melayu, 7 keturunan akan disumpah anak cucunya perangai macam babi.. Baru-baru ini tersiar di TV, Ketua Kg JKKPusat menyatakan kerja-kerja pengukuran telah dibuat berdekatan kubur Kg Tumbuk. Ingatan kami.. jangan bermain dengan api...Kami tak berniat merosakkan perpaduan kaum.. One Malaysia Dato Seri Najib memang baik..Bukan semua orang Cina suka babi di kawasan ini.. hanya taukeh taukeh babi sahaja. jangan lupa kejadian JE di Bukit pelandok.. Kami orang islam akan sentiasa berdoa setiap hari agar penternak-peternak babi ini akan diserang penyakit ini atau lebih teruk lagi dibalas oleh ALLAh dengan seburuk-buruk balasan termasuk pemimpin Melayu yang meluluskannya.
Pergilah ternak babi di negara Cina..@ Singapura yang majoriti makan babi. Kami termasuk penduduk-penduduk bangsa Cina saling hormat menghormati sejak merdeka lagi...
jangan 13Mei 69, berulang lagi.. Kita One Malaysia now..

Tuesday, November 17, 2009

TINTA GURU DAN KAWAN-KAWAN

Inilah wajah terkini Tinta Guru / waktakrim. I LOVE MY JOB! Dari kiri, Cikgu Sufian, Kaunselor sekolah yang sibuk, Cikgu Shahrulizad, guru IT dan Seni, waktakrim/Tinta Guru dan Cikgu Mahathir Mohamad, Hiasan Dalaman

KAYAK ARUS DERAS

INI MENGENALI SUKAN KAYAK ARUS DERAS SERBA SEDIKIT:
Kayak Arus Deras: Biasanya Kayak jenis Rodeo akan digunakan. Skirt jangan lupa pakai Biasanya sungai yang berarus deras menjadi pilihan. Sg Sedim, Kulim menjadi pilihan.
Sg Sedim Memanggil-manggil: One ., two, threee!!!!

Aksi ini hanya dilakukan oleh mereka yang telah mempunyai Sijil Kayak Aras 2.. Master Kayak Encik Amin lulusan New Zealand..

Controll....




Ni spesis tak puas hati, nak cuba terjun dari batu besar... terjunannnnnnnnnnnnnn.. Kayak mencari Cinta..!!!!!

Come on Wak Takrim...go go..!!!!!

Ooo, Mr John..Agi idup agi ngerlaban...

Alamak..wak Takrim dah capside!!!



Time ni yang malas.. Nak angkat kayak.. masuk lori..!!!
Akhirkata.. Kepada pelajar-pelajarku yang berminat dalam aktiviti extreme ni perlu:
1. Pandai berenang lebih baik
2. Kuat Fizikal dan mental
3. Restu emak dan ayah
4. Minat mendalam aktiviti lasak
MAN VS WILD!!!


OUTDOOR DAN KENANGAN LAMA MENGUSIK JIWA



AKTIVITI LUAR@ OUTDOOR (PULAU TUBA 2004)

Aktiviti Luar adalah satu aktiviti lasak yang sangat menyeronokkan. Ia memerlukan kekuatan mental dan Fizikal yang kuat. Gambar ini diambil sewaktu melakukan outdoor di Pulau Tuba. Kami diberikan 9 tiub lori yang kempes dan diletakkan di sebuah pulau. Kami berganti-ganti meniup tiub itu sehingga penuh anginnya. Selepas itu, ikat dan bina menjadi sampan layar yang lengkap..dan lepas itu, dayung-dayung sampan. Seronoknya tidak terkata, tapi: barang diingat, life jaket adalah WAJIB dipakai sepanjang masa. Kamipun tak tahu apa yang ada di bawah rakit tu? Jerung kah? Ikan Yu kah? atau mungkin memerang yang memang banyak di Pulau Tuba.
Ikhtiar hidup: Sorang sorang diletakkan disebuah pulau seorang diri sehari semalam dan hanya dibekalkan dengan mancis 4 batang, beras, mass-tin, garam, benang dan mata kail, life jaket dan parang sahaja. Nak menangispun ada.. dah macam orang gila sorang-sorang di sebuah pulau. Masuk waktu maghrib, perasaan lagi bercampur baur. Memang ada banyak kejadian mistik yang tidak boleh diceritakan. namun, semua kejadian itu akan menjadikan kita tabah dan yakin pada keEsaan Allah.
Orientering: kami dibekalkan juga dengan Kompas dan melakukan aktiviti Kembara Pulau. Kami mengambil jalan mudah melalui laluan tepi pantai.. Akhirnya KANTOI! Pensyarah mengamuk!
Kayak: Jangan ceritalah. Bahu nak patah, pinggang nak bengkok. Namun aktiviti ini hanya dijalankan sewaktu Outdoor di Pulau Pangkor. Di Pulau Tuba , dibatalkan kerana ombak tidak mengizinkan ditambah lagi dengan keadaan kayak yang ketinggalan zaman,, alhamdulillah.
Abseiling : Cukup mengharukan. Asyik asyik nama Wak..Tingginya, lebih kurang 50 meter. Namun thanks to my friends Shahaliza yang memelukku bagi meredakan kegayatan pada awalnya. you memang hebat..ahli payung terjun bebas katakan..
Gua : Masya ALLAh, tak dapat jalan masuk mulanya. Kawan sarawak tuang beer dulu..beer free katakan. Lepas mintak maaf dan baca doa.. barulah dapat pintu masuk. Mistik? Biasa je.. ini yang dinamakan hubungan manusia dengan alam dan tuhan(allah) yang selalu dilupakan oleh manusia yangtidak faham. dalam gua? Cantiknya... macam dalam dewan besar...
Kepada kumpulan ROGER dan DYSON PKPG IPDA - UPSI 2002-2005. I Miss U so so much. kenangan ini tidak akan dilupakan sampai mati..

Monday, October 26, 2009

KEJADIAN JAMBATAN GANTUNG PUTUS DI SUNGAI KINTA

Kejadian yang berlaku perlu dijadikan ikhtibar kepada semua guru, tenaga pengajar, fasilitator yang terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum terutamanya yang melibatkan aktiviti outdoor.
Bayangkan...
Pelajar darjah 4, 5 dan 6, menjalani aktiviti merentas jambatan berarus deras di waktu malam?
Penyelaras aktiviti, Fasilitator...
Anda bertanggungjawab kerana melakukan aktiviti bodoh itu...
Aktiviti di air..
Perlu memastikan ciri-ciri keselamatan yang lengkap dan mempunyai guru@fasilitator yang mempunyai sijil bronze medal, menyelamat di air...
Keluarga terlibat...
harap bersabar.. inilah dugaan dari Allah yang Maha Esa..
Saman...
Perlu dilakukan sebagai satu pengajaran agar tidak melakukan aktiviti yang rapuh dari segi keselamatan...

Wednesday, October 14, 2009

UCAPAN TERIMAKASIH

Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan guru dan pelajar yang hadir "open house" tempohari
Tak sangka ramai yang datang ke teratak hamba itu. Ketua Bidang, Kak Kay, Datin Hasnah dan Kak Norizah juga mencemar duli datang. Begitu juga dengan Syurah suami dan anak, Kak Wan, Puan syarifah (Pengerusi Kedah), Siti Zuriana, Norlidah, ustazah Lailatul Shima dan Misrita, Kak Zabedah, Intan, Kak Norma Kamis, Norliah, Faezah, Asniza Derahman, Normah Mispar, Cik Hadzany, Fahzanaton dan suami dan rakan lelaki Azham, Azuha, Asri, Ebong, Ustaz Abd Rahman, Ustaz Zulkhairi, Mr Ramesh..(Happy Deepavali), Mahathir, Izad, Bro Aderos dan pelajar seperti Mangga, Anis, Nurul Syikin dan lain-lain...T.Kasih

Tuesday, October 6, 2009

OPEN HOUSE TINTA GURU

Khas kepada Rakan Guru berdekatan meja (Syura, klcitizen,Kak Wan, Kak Midah, Syarifah, Faz, Kak Syam, Usth Lailatul Shima, Kak Serry dan lain-lain. Khas juga buat rakan Guru Lelaki)

Tarikh : 12 hb Oktober 2009
Hari : Isnin
Masa : Selepas balik waktu persekolahan

Hidangan Istimewa:
1. Nasi dan lauk Ayam masak Ungkep( Jawa) & ikan kembung panggang
2. Nasi impit dan kuah kacang dan sambal sotong
3. Mee hoon goreng dan lain-lain

Datang le.. sudi-sudi la ke Teratak kecil hamba..
911, Kelompok Serindit B, Jalan 5/56 AU3, Ampang Ulu kelang
depan SK AU Keramat.
Terimakasih, Takrim dan keluarga

KEJADIAN GEMPA DI PADANG,RIBUT TAUFAN DI MANILA DAN TSUNAMI DI SAMOA

Tinta Guru ingin berbicara tentang Tragedi yang berlaku baru-baru ini. Jelas di hati, amat sedih dan bersimpati dengan tragedi yang melanda bumi Padang, Sumatera, Manila dan Samoa. Namun, bila wak renung dalam-dalam secara tenang dan jujur, ketiga-tiga tragedi ini mempunyai sebab musabab dan kesan yang berbeza.Tragedi Padang, Sumatera.Secara Geografi, tidak dinafikan bumi Padang, Sumatera di Indonesia ini berada betul-betul di bawah pergerakan gunung letusan gunung berapi dan setiap 200 tahun sekali, gempa bumi dijangka akan berlaku. Ini bermakna, kejadian ini adalah putaran peristiwa yang pasti berlaku. Kematian dan targedi adalah satu petunjuk Allah tentang kekuasaanNya yang perlu diakui dengan sepenuh jiwa dan raga. ramalan dukun menyatakan kesialan Presiden SDY memang kurang akal dan mirip pengaruh Mat Lampir. Berdoalah kita, semoga yang terklibat akan dimasukkan ke Syurga dan yang masih hidup redha dan kejadian yang berlaku.Tragedi Ribut Taufan Manila Tragedi ini agak pelik, kerana ia berlaku berterusan dan secara ganas sekali. Seperti berlakunya Ribut Greg di Sabah, kejadian ini perlu direnung secara mendalam oleh kita semua. Sebagaimana becana ribut yang berlaku di Amerika setiap kali Amerika menyerang Iraq, kejadian ini seolah-olah satu peringatan Allah terhadap umatnya (Kerajaan Filipina) yang bertindak kejam terhadap rakyatnya yang beragama Islam di bumi Mindanao. Ingat lagi kejadian Tsunami di Acheh? Bukankah bumi itu bermandi darah dengan perang saudara dan tindakan kejam tentera Indonesia terhadap penduduk Acheh sebelum kejadian itu berlaku.? Allah tidak akan membuat kerosakan di muka bumi ini melainkan manusia itu sendiri yang membuat kerosakan, berbunuh-bunuhan sesama manusia..Tragedi Tsunami di SamoaMemang ia kejadian alam, namun kalau kita renung, jelas ingin menunjukkan bahawa kecanggihan manusia tidak akan dapat menandingi kekuasaan Allah subhanallahutaala.. Canggihnya Amerika, namun tidak dapat menahan gelombang tsunami yang melanda bumi jajahannya , Samoa..Renung-renungkanlah..
Ya Allah, kau lindungilah kami dari bencana yang hebat, banjir besar, kemarau panjang dan jadikan diri umat Islam bersatupadu, jauhilah kami dari permusuhan dan pembunuhan sesama umat islam dan kau jadikan bumi Malaysia bumi yang aman dan damai selamanya, amin...